Search

Percutian di Phuket

Oleh : Naziroh Romli

Sekadar nak kongsi pengalaman bercuti di Phuket semasa hari raya korban baru-baru ini. Seronok sangat sebab sudah hampir 4 tahun tidak dapat balik kampung Wan saya..lseepas dapat kerja memang inilah kali pertama saya menjejakan kaki ke Kok Yao, Phangga Phuket (Syurga Dunia). Saya, mak dan isteri adik saya bertolak ke Phuket selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Kebetulan ayah saya menunaikan ibadat haji jadi hanya kami bertiga pulang ke kampung. Ayah angkat saya jemput kami bertiga di Bukit Kayu Hitam, saya dan ayah Din bertukar-tukar memandu sebab ambil masa dalam 7 jam juga nak sampai ke Phuket tidak termasuk singgah di Krabi untuk solat dan isi minyak kereta.Sampai di Phuket lebih kurang dalam pukul 9.30 malam, malam itu kami bermalam di Hotel Malin di dalam pekan Phuket sebab bot malam untuk ke Kok Yao tidak ada..lagi pun rasa letih juga seharian dalam perjalanan. Keesokan pagi kami bertolak ke Ban Rong, ala..lebih kurang macam jeti Kuala Kedah tu la..tapi jeti kita cantik lagi la. Sarapan pagi di situ dan naik bot laju ke Kok Yao pada pukul 9 pagi.

Sebenarnya suasana hari Hari Raya Haji kat sini pun meriah jugak macam kat Kelantan (orang cakap raya haji kat Kelantan best..betul ke?..he..he..) memang sambutannye macam kenduri kawin jugak, tapi sebab kami dalam perjalanan..jadi, tak la rasa sangat suasana Hari Raya.Bot yang kami naik tu mengambil masa dalam 30 minit ja untuk sampai ke Kok Yao, ingat masa kecik-kecik dulu kalau nak balik kampung rasa macam tak best ja sebab perjalanan jauh lepas tu kalau nak naik bot pulak ambil masa 2 jam. Tapi sekarang ni dah selesa banyak alhamdulillah. Sampai dekat Kok Yao tak terus baik rumah Wan sebab memang tak dak sapa-sapa kat situ, wan dengan tok dah dok(tinggal) dengan kami kat Alor Setar, balik sebab nak ziarah sedara mara dan nak bawa menantu baru jalan-jalan kenalkan saudara mara kat kampung halaman. Malam tu kami bermalam di Chalet yang dah di tempah oleh ayah Din. Esok pagi baru bertolak ke rumah wan.Awal pagi tu setelah berkemas semua, ayah Din datang jemput naik jip ayah Din, saya dan adik Zah balik dulu rumah Wan sebab mak kena jumpa dengan Tok Wa ada urusan yang nak diselesaikan. Sampai di rumah Wan, rasa seronok sangat..rumah Wan masih cantik lagi cuma semak samun dengan rumput yang hampir sama tinggi dengan pinggang yang mencacatkan pemandangan indah di sini. Rumah wan sebenarnya agak jauh dari rumah jiran. Terletak di dalam kawasan ladang kelapa (pokok nyiur). Pagi tu aktiviti saya dengan adik Zah ialah membersihkan rumah lah..rumah ditimbuni dgn habuk yang tebalnya hampir seinci. Sapu, basuh, mop..pagi tu memang penat sangat, tapi puas dapat buat kerja-kerja rumah macam tu.

Tengah hari tu ayah Din hantar makan tengahari sebab tak boleh nak masak apa-apa dan tak dak ape-apa stok makanan dan kebetulan gas pula habis,nak keluar ke kedai memang jauh jadi makan nasi bungkus je lah. Saudara mara mula penuh rumah sebab nak tengok menantu, he..he.. kesian dekat dik Zah.. dia tak faham apa yang depa cakap, dia angguk-angguk dan senyum-senyum saja bila orang tanya nak bersembang..saya lah jadi jurubahasa bila orang nak bersembang. Petang tu pulak Tok Wan Su (adik tok saya) jemput makan malam kat Restauran dalam sawah tepi laut....bestnya. Tok Wan Su Belanja makan, macam-macam ada.. udang, sotong, ketam, ikan dari yang kecil sampai yang ke basar memang makan besar la hari tu.. Tapi sayang.. saya sebenarnya kurang sikit dengan makanan laut ni. Dik Zah la yang paling terkejut sebab tak pernah jumpa makanan macam tu.

Aktiviti keesokan harinya pula ziarah ke rumah saudara mara, saya diamanahkan oleh mak saya untuk membawa Dik Zah ke rumah saudara mara..lama-lama tak balik memang ada sedara yang tak kanal, tapi tak la sempat nak singgah ke semua rumah sebab kalau nak ikut satu pulau tu adik beradik tapi singgah rumah sedara yang betul-rapat ja, kalau tak jenuh la nak atur rumah. Bila lama-lama tak jumpa ni..biasalah mula la yang jadi jejak kasih..tambah-tambah tok-tok dengan wan-wan orang lama-lama, memang seronok tapi ada juga yg tak bestnya..biasalah depa tanya apa lagi pasal ....(tuuuuuut) soalan cepu emas, ni yang malas ni. Senyum je lah..

Aktiviti untuk hari ketiga pula pagi tu saya, mak dan Dik Zah turun ke laut, kalau nak tau..rumah wan saya atas bukit dan bawah tu laut, saja nak jalan tepi pantai. Telaga dekat tepi laut tu dah tak terjaga jadi semak la sikit, tapi air telaga masih jernih dan masih boleh diminum, telaga tu jadi tempat nelayan-nelayan singgah untuk ambil air minum. Masa jalan-jalan tepi pantai tu sempat la jadi budak-budak sekejap sebab main kejar-kejar dengan anak ketam. Seronok sangat, dulu masa kecik-kecik dulu selalu juga berenang dengan adik kat sini, tapi bila dah besar ni..walaupun tak dak orang segan jugak.. Nampak bot-bot nelayan tengah menarik pukat di bawah terik panas matahari, suasana yang tenang terasa begitu damai sambil melafazkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan Ilahi..Subhanallah..

Hari keempat kami di Kok Yao kami sempat menziarahi pusara nenek dan sedara mara yang dah meninggal dunia di "Prioor” orang kita panggil Kubur. Selepas itu melawat pondok (”ponok” dalam bahasa Thai) sebab kebanyakan saudara-mara dekat ramai yang dok kat pondok dok mengaji dengan dengar kitab kat situ. Selesai ziarah pondok saya singgah dekat satu sekolah Tadika kat situ, kebetulan 3 pupu saya cikgu yang mengajar di sekolah tu jadi boleh la masuk melawat.. sambutan cikgu sekolah di situ amat baik, saya pergi tak de surat ape pun just nak tengok sekolah. Tapi guru besarnya mengalu-alukan kedatangan kami dengan baik dan meminta anak-anak kecil ini buat persembahan tarian kebudayaan Thai. Mejoroti penduduk pulau ini Islam. Memang berbakat kanak-kanak ini buat persembahan.
Semasa perjalanan nak balik ke rumah Wan sempat la singgah makan kenduri Korban, yang tak habis-habis lagi sambutanya. Memang sedap la makanan yang dimasak, saya dan Dik Zah memang makan dengan berselera sekali. Ada Tom Yam, (Yam Muang) Kerabu, Keng Som (asam pedas), Nam Chup (Air Asam), Tom Khoai (Daging rebus) ..emmmm.. sedaaap. Dekat malam baru sampai rumah semula, lepas solat isya saya dan Dik Zah mula mengemas pakaian sebab kami dah nak naik ke Tanah Besar esoknya.. Malam tu tidur lambat juga sebab ada saudara mara yang masih lagi tak putus-putus berkunjung ke rumah Wan.

Keesokannya pagi kami bertolak ke Tanah Besar, rasa tak puas lagi..tapi nak buat macam mana saya pun dah nak mula kerja jadi kenalah balik Malaysia. Sampai Kat Tanah besar dalam kul 10 pagi, ayah Din bawa kami jalan-jalan kat Pekan Phuket, melawat tempat-tempat yang menarik macam pelabuhan kapal, ’Patong’ tempat yang kena Tsunami dulu tapi kerajaan Thai dah bangunkan semula tempat ni, ’Big Shop’ ala-ala Tesco la tapi hak milik orang Thai. Sempat la tengok matahari terbenam kat tepi pantai. Beli cenderahati sikit-sikit dan makan-makan kat tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Keesokan pagi lepas solat subuh kami bertolak ke Bukit kayu hitam ke Hattyai singgah untuk solat, makan dan beli barang-barang sikit, sampai di Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam dalam jam 4.30 petang dijemput oleh adik saya. Itulah sedikit sebanyak cerita dari saya sepanjang percutian saya di Phuket baru-baru nie..

1 comments:

hurin rihana said...

waw macam best je pie sana
nanti kita buat perjumpaan mujadid kasana la pula
xpayah sewa hotel just tumpang rumah nenek ustazah je...boleh ke?