Search

Model Percuma

1 comments

Salam Akhir Zulhijjah,,

Ini adalah model-model yang tidak dibayar oleh PTPTN.. hihihi.. Gambar ni diambil oleh PRO UM semasa menghantar jubah konvo pada 2005. Sudah tiga tahun ada lagi gambar ni. Boleh buka laman web PTPTN.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan

Dari kiri; Asyraf, Hadi, Mazuan, Mat dan Zaman.

PERJUMPAAN BESAR GD

0 comments


Salam Zulhijjah

Kesempatan hujung minggu yang lalu, Generasi Dynamic telah mengadakan satu perjumpaan besar di Tanjung Harapan, Kuala Kangsar. Perjumpaan ini bertujuan mengumpulkan ahli-ahli Dynamic yang berada di serata tempat dalam mengeratkan lagi ukhuwwah yang dibina selama lebih 8 tahun. Pengerusi Mujaddid kebetulan isterinya adalah ahli Dynamic berkesempatan mengikuti program menarik ala tamrin dan Family Day ini merakamkan tahniah kepada seluruh ahli Dynamic di atas kejayaan menganjurkan program ini. Insya Allah Mujaddid akan berusaha untuk meneruskan kesinambungan program tarbiyyah kepada ahli Mujaddid selepas ini setelah kejayaan kita mengadakan Family Day di Cameron Highlands baru-baru ini. Harap tidak ada yang culas. Sila klik di sini.

Makan Malam Amal UKP

0 comments




Sedikit titipan buat sahabat dari seorang tokoh ulama'


( saya ulas sedikit daripada kata-kata hikmah tuan guru (bahasa kelantan campur bahasa malaysia) :


1) Dunia ni umpama restoran ,kita tumpang makan,minum. ..akhirnya ada bayaran yang perlu kita langsaikan.

2) Ikhlas itu rahsia Allah...hanya milik Allah untuk menilai.

3) Allah taala sebagai tukang dalam dunia ini. Tukang yang wujud sebelum hasil tukangannya wujud. Allah membuat segala miliknya sebelum terjadi sesuatu kejadian itu. Segalanya sudah diaturkan buat hasil tukanganNYa itu.

4)Manusia sekarang mudah membuat hukum, pandangan tanpa nilai ilmu. Sepatutnya setiap dari kita bersedia dengan ilmu supaya hujah dapat menyelesaikan masalah.Bukan hujah menambah masalah .menyesatkan orang lain.

5)Sebenarnya, hakikatnya, hanya ALlah yang menyelesaikan segala masalah. Masalah dunia, masalah akhirat.Sebab itulah kita dikehendaki melaksanakan amar maarfu nahi mungkar agar menjadi muslim terbaik.

6) ISA perkara mungkar! wajib dilarang ! Tolong bersuara !


-saranan tuan guru : Tulislah artikel, lukislah kartun,demo kalau perlu..TULIS! ...CAKAP! .... (saya terasa nih...)


7) Kaitan ayat "wamahyaya wamamati"... wamahyaya bukan sekadar hidupku untuk Allah tetapi ayat tersebut diganti dengan..aktivitiku. .AKTIVITI termasuk dalam tujuan hidup kerana Allah.


8) Jangan jadi macam watak dalam cerita wayangkulit. ..Ada Dato',ada menteri,jadi ketua itu,ini tapi sampai habis cerita (tghmalam) ,semua watak tersebut berhenti tugasnya..simpan. .tiada usaha lain nak jadi hamba Allah.

9) Sebab itu dalam dunia ini perlu ada bekal. Rujuklah kitab Ihya U'lumuddin Jilid satu, bab awal disebutkan Allah berkenaan tanggungjawab, amanah. Segala orang jahat, orang besar akan dihina. Apabila tiba hari kebangkitan mereka akan dipijak-pijak oleh orang ramai. Mereka yang pernah terpilih menjadi pemimpin, memegang amanah orang ramai tetapi tidak melaksanakan amanah tersebut akan dipijak-pijak.

10) Menjadi pemimpin sama sahaja. Asal mereka adalah dari orang biasa. Hamba yang perlu ada sifat untuk jadi rapat dengan Allah.Bila pemimpin yang tidak rapat dengat Allah, pimpinan mereka jauh tersasar dari cara Allah tunjuk dalam Al-Quran.


# Tuan Guru : "pengalaman ambo sendiri, bila anak ambo kena ISA 5-6 tahun...ambo pikir agaknya pemerintah ni nak ambo gi menyembah bagi lepas anak ambo..melutut. .tapi ambo tak gitu..biar ada dalam hati kita jiwa besar yang memikirkan.. kat dunia ni mu buat anak aku, kat akhirat nanti , mu kena pijak-pijak dengan orang ramai..jadi jiwa kita akan kuat...RASA KUAT DENGAN ADANYA ALLAH..."


Tuan guru sentuh hal yang berkait rapat dengan isteri dan anak tahanan ISA.



Kesimpulannya : Tuan guru melahirkan rasa syukur pada Allah atas segala usaha kebaikan yang dapat memberi apa sahaja bantuan, dana untuk kebajikan, pendidikan dan kesihatan.



Bingkisan saya mengenai Tuan Guru bila kaki beliau melangkah masuk ke dalam dewan Musytari, Residence Hotel, Kajang Selangor pada 8.26pm, 29 November 2008 :



"Tuan guru melangkah cermat,sambil tersenyum.Semua hadirin bangkit mengalunkan selawat buat junjungan Rasulallah SAW, . Langkahnya tidak laju,badannya sedikit bongkok dan kejap-kejap keplanya ditundukkan. ..gaya yang berhemah..terasa sebak dihati bilamana memikirkan baru berapa ketika, kita baca dalam berita seorang yang mulia itu pernah kelmarin terlantar sakit,rebah seketika,kejap anggotanya.. namun kuatnya hati,teguhnya jiwa untuk ulama' itu berjumpa semua..entah sesiapa kita ini,tapi ulama' itu bukan kisah apa.Baginya, selagi dikurniakan kudrat, selagi nafas belum terhenti,perjalanan nya harus diteruskan.. ."



"Kita akan membuat pengorbanan jika pengorbanan itu perlu untuk membahagiakan orang lain..tak salah dan tidak rugi kerana Allah pasti ganti jauh lebih baik buat kita semua...InsyaALlah" (kata Tok Guru...Jiwa jadi besar,kuat kerana yakin adanya Allah")



"Kita akan selalu diingati selagi mana kita selalu mengingati orang lain" Terima kasih sahabat yang selalu disisi memberi kekuatan..."


tulisan: nurbaya_salima... dynamician


sila klik di sini untuk gambar

Kenangan Hari Keluarga Mujaddid

2 comments




22-23 November 2008 merupakan kenangan indah warga Mujaddid yang hadir ke Hari Keluarga Mujaddid. Jumlah yang hadir 28 orang memeriahkan lagi suasana di Desa Anthurium Apartment, Tanah Rata. Diserikan lagi dengan telatah anak-anak kecil yang berusia sekecil 7 bulan ke 3 tahun.

2.30 petang 23 November kehadiran sedikit demi sedikit peserta ke penginapan dalam keadaan hujan yang agak lebat. Kalau ikut perancangan 2.30 kami sudah melawat tempat-tempat menarik, tetapi keadaan tidak mengizinkan. 5 penginapan ditempah, agak selesa dan sesuai untuk ruang famili berkumpul.

4.30 petang kami berkumpul di E9 sebagai pembuka majlis Hari Keluarga sebelum berangkat ke MARDI setelah melihat keadaan cuaca yang sudah baik. 5.30 petang pameran di MARDI sudah tamat tetapi kami mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai. Syifa anak mazuan macam baru jumpa kolam air,.asyik nak terjuh kolam sahaja.

Kemudian kami ke ladang teh Bharat. Di sini seronok kerana pemandangannya yang cantik. Apa lagi sesi fotografi daripada jurukamera yang tidak bertauliah pun bermula. Ada yang duduk disebalik rimbunan pohon teh. Pertama kali jumpa pokok teh, rupanya hijau hihihi. Cuaca agak sejuk juga. Jadi kebanyakan daripada kami mengenakan baju sejuk. Anak-anak kecil pun pakai baju sejuk. Comel.

Malam pun bermula. Kami bersiap sedia untuk acara barbeque. Asyraf sebelum keluar petang tadi sudah masakkan sup cendawan. Nawi cuba hidupkan arang untuk panggangkan ayam nanti. Lama juga. Sesi barbeque berlangsung santai. Ayam tak sempat nampak penuh sudah hilang kena makan. salute la tukang masak Asyraf. Kebetulan kami sahaja yang berada di tempat barbeque tak ada gangguan lain. Sambil makan berkongsi cerita dan pengalaman. Kadang-kadang cerita kenangan dulu-dulu. Ustaz Mat ambil masa sedikit buat sesi taaruf ringkas. yela tak semua kenal dengan suami dan isteri yang bukan satu batch.

Jam 12 malam kami selesaikan barbeque dan buat agenda masing-masing. Zaman dan Nawi tidur lewat juga temankan Asyraf siapkan nasi lemak yang dibantu oleh Yusni dan Ein. Selamat ada astro boleh juga tengok bola.

23 November Ahad. Pagi-pagi sudah bangun untuk solat Subuh. Kemudian tazkirah ringkas daripada Mat. Selepas sarapan dengan nasi lemak, kami ada aktiviti sukaneka. Geng-geng muslimat ada aktiviti khas mereka. Katanya senamrobik poco-poco.

Sukenakalah aktiviti yang boleh mengeratkan lagi ukhuwwah. Naziroh yang ketuai aktiviti ini. Pertama kaum suami main pecah belon. Semput juga berlari-lari nak pecahkan belon orang punya. Akhirnya Mat yang menang hanya satu belon sahaja yang pecah. Kami duduk keletihan.

Aktiviti kedua isi air dalam botol dengan span. Ada juga yang mengelat... huh. Seterusnya makan roti paling cepat. Sudah dijangka Pakli akan mengungguli aktiviti ini. Tetapi rupanya dia tak makan habis. Mengelat lagi. Kemudian baling belon berair. oopss. ada eksiden. Jam 11 pagi kami selesaikan aktiviti ini.

Jam 12 tengahari kami adakan sesi penyampaian hadiah dan penutup. Keputusan yang dianggap kontoversi apabila kumpulan Mazuan diumumkan pemenang. Terima kasih ustaz Hamidi kerana sudi menyampampaikan hadiah. Mat pula menyampaikan cenderahati kepada semua. Selepas semuanya selesai, sesi bergambar pun berlangsung sebelum masing-masing meneruskan aktiviti ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.

Terima kasih kepada mereka yang hadir iaitu, Shahrul Zaman,Ein dan Nur Amiratushifa', Aini (anak saudara ein); Badie,Jawaheir dan Hasif; Mazuan, Mifrah dan Syifa' Safiyyah; Mat, Nadia dan Badrul Munir; Nawawi, Adila dan Hurin Rihana; Asyraf dan Yusni;Ustaz Hamidi, Zaimah dan 2 orang anak; Ustaz Marhaizan, Wahida dan Musadiq; Fadli Fauzi, Hanifah dan Aqilah; Naziroh, maknya dan kawannya; Hadi dan Yani; Faiz Ibrahim dan Noraizan, Khuzaimah dan suami.

Semoga program-program mendatang kehadiran yang lebih makmur lagi.

p/s- gambar-gambar akan dipostkan kemudian.

PEMBUKA BICARA

0 comments


assalamualaikum..

Zaman sudah berubah, dunia sudah maju. Mujaddid mengambil inisiatif menerbitkan blog sebagai alternatif perkongsian minda, bicara, berita dan apa sahaja yang berkaitan dengan Mujaddid. Ayuh kita semarakkan perjalanan Mujaddid. Biar masa berlalu, Mujaddid tetap utuh membawa aspirasi merubah masyarakat.

Pengerusi Mujaddid ke 3.