Search

Nostalgia Itu

Oleh : Shahrul Zaman Lukman

Menyingkap nostalgia lama kadangkala mengasyikkan. Rasa ingin kembali semula ke saat itu bersama-sama teman-teman. Saat itu, susuk tubuh kalian masih lagi boleh dimaafkan. Tidak terlalu besar dan gempal berbanding sekarang. Sekarang, yang kurus semakin berisi dan yang berisi demakin menjadi-jadi.

Masih terngiang kata-kata jenaka yang kalau teringat bersendirian akan mengukir senyuman nipis di bibir. Andai teringat Ustaz Rusdan, hati ini akan terusik ketawa apabila teringat ungkapan " saya rasa saya". Teringat Dr Fauzi, ungkapan ini akan kekal diingati " Baiklah" " namun demikian". Ustaz Rusdan selalu memerliku dengan kata-kata ini " lajnah siasah dan hewal semasa" . Mat ialah orang yang paling banyak dirakam kata-katanya seperti " chinese dan indien", tiduq kaki atas kepala bawah", memusing". Apabila teringat Pok Nik " ak... tak boleh cakap".. sudah pasti tergambar Pok Nik ketika itu yang menggigil kesejukan.

Mazuan terkenal dengan pemuda tahan lasaknya. Asyik accident sehingga kita pun sudah tidak hairan kalau dalam sebulan itu dia akan kemalangan. The Rokh gelaran Rokhaimi pasti diingati pelajar kelas Fiqh dan Usul semasa Ustaz Rushdi berulang-ulang kali memperbetulkan sebutan namanya.. "Rokhaizi". Badie pun begitu. Ustaz Rushdie akan sebut "Bodi". Zulkifli mudah dikenali apabila menunggang motor. Gaya duduknya seolah-olah membawa motor berkapasiti besar iaitu sedikit membongkok.
Asyraf dikenali di antara kami sebagai chef terulung yang masakannya bertaraf hotel lima bintang. Nazri bah jika membuat presentation pasti memukau. Tetapi aku tidak berapa faham soalan yang ditanyanya ketika Bicara Siswa dahulu. Maaflah Nazri. Ko cakap kuat sangat masa tu bah! Zaki walaupun kadang-kadang sahaja bersama di kediaman kami dahulu tetap dikenang-kenang juga. Pidut seorang penasyid bersama kumpulan nasyid sering membuat show dalam program PMI. Nawawi yang pelat baku berbunyi kelantan seorang yang suka mengungkapkan perkataan " Macanmane". Pandai juga memasak selepas Chef Asyraf.

Rumah ini banyak kenangan dan sekarang sudah hilang dalam pandangan kerana sudah bertukar wajah menjadi show room kereta. Tempat inilah kami bermandi peluh petang-petang hari bermain bola. Macam-macam gaya yang ada. Pernah sekali cermin mataku patah dek tendangan padu Fauzi. Jangan dirapat apabila Mat bawa bola, nanti kaki yang ditendangnya bukan bola!. Rumah ini juga tempat kami brainstorm mencari idea membawa gerakan mahasiswa Islam. Rumah ini adalah tempat kami bercucuk tanam menuai hasil yang bukan untuk dijual tapi untuk dilahap oleh kami. Petani tetap ialah Ket.Beberapa kali tuan rumah datang minta sewa apabila 3 bulan kami tak bayar sewa. Kami minta tangguh lagi. Sampai satu ketika, pintu pagar rumah kami disita. Maka, badang-badang yang ada berjaya mengangkat pintu pagar tersebut. Kemudian kami pun segera menjelaskan hutang piutang yang beribu-ribu ringgit itu.

Tempat santapan kegemaran Badie dan Rokh ialah Maple. Suka sangat mereka ke sana berjumpa Harun. Harun ialah pekerja kedai makan berasal daripada Pakistan berkelulusan
ijazah kedoktoran tetapi bekerja di Malaysia sebagai pelayan kedai makan. Keistimewaannya ialah berapa banyak order yang diminta dia akan ingat semua dengan tepat. Berbondong-bondong pelajar UM makan di situ malam dinihari kerana harganya yang boleh tahan dan nasinya yang banyak.

Rakan-rakan muslimat adalah sayap kiri kami. Banyak juga jasa mereka curahkan dalam bersama-sama mengukuhkan PMIUM. Semoga kalian berbahagia sentiasa dan masih saling berhubungan antara satu sama lain. Kepada rakan-rakan yang lain yang tidak disebutkan namanya di sini, moga kalian berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Sudah berjawatan besar, bergaji besar, kelengkapan seba serbi dan sebagainya diharap menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih mensyukuri nikmat Tuhan.


0 comments: