Search

Takziah Hadi

0 comments

Petang tadi Hadi telefon bertanya khabar. Sudah lama tidak berhubung dan bersua. Ada rezeki insya Allah kami akan berjumpa.

Ada cerita sedih dibawa. Isterinya baru sahaja selesai pembedahan ketumbuhan dalam ovari. Sebelum ni, beritahu Hadi, rahim isterinya senget kerana ketumubuhan itu beratnya 1 kg. Sekarang bercuti selama 2 bulan. Itupun setelah isterinya mengalami keguguran kandungan yang berusia 1 bulan lebih. Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada Hadi dan isteri. Semoga terus tabah dan cekal hati.

Jemputan Perkahwinan Haisyah Saidin

0 comments

Assalamualaikum...

Dijemput kepada semua ahli mujaddid ke majlis perkahwinan Haisyah Saidin

30 Mei 2009 Sabtu
Kg Sematang Serdang, Simpang 4, Perlis

Duka Yang Menginsafkan

0 comments

Oleh : Hanifah Sazali

Sebelum perasaan ini berlalu bak angin lalu, inginku coret pengalaman yang memberi pengajaran yang amat berharga dalam hidup kami.

29 April 2009 (Rabu) yang lalu, lebih kurang jam 1.30 petang, Kak Piah (pengasuh 'Aqilah) menghubungi abang. Katanya 'Aqilah muntah muntah sejak bangun tidur. Aku yang turut bertugas satu sekolah dengan abang berasa sedikit risau. Bila kami ambil 'Aqilah, kata Kak Piah, segala yang masuk dalam mulut 'Aqilah, tak kira makanan atau minuman, akan keluar semula dari mulut 'Aqilah. Tapi 'Aqilah tak demam atau berak berak. 2 lagi kanak-kanak di bawah jagaan Kak Piah turut mengalami keadaan demikian sejak hari Isnin. Bila dah tak muntah, mereka berak-berak pulak.

Baca seterusnya...