Search

Ingatan Suami

Apa bendanya masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan? Itu teka teki budak-budak yang jawapannya mungkin banyak. Cuma satu jawpan je yang tak berubah iaitu api.

Ingin saya berkongsi cerita ketika mengajar di SRI Aman. Suatu hari kecoh tentang cerita kebakaran. Rumah seorang guru (kak Z) hampir musnah dijilat api sekiranya tidak disedari dan tiada tindakan pantas. Segala-galanya berpunca dari ubat nyamuk yang menjadi bahan mainan budak-budak baru belajar pasang ubat nyamuk.

Menurut kak Z, suaminya bekerja di luar. Sebelum pergi, si suami telah berkali-kali pesan tentang ubat nyamuk. Kak Z jawab dengan endah tak endah je. "InsyaAllah tak de ape-ape nye." Lebih kurang pukul 4 pagi tadi, kak Z dikejutkan dengan suara tangisan anaknya yang amat kuat beserta batuk kerana kelemasan dalam asap yang telah memenuhi ruang bilik. Kak Z yang tidur bersama anak-anak terkejut besar bila tengok api di bawah kakinya. Kakinya telah merasai bahang panas api.

Panik. Memang panik. Alhamdulillah, rasional masih muncul dalam diri. Kak Z terus mengambil bantal yang ade api menyala2 dan dibawa ke bilik air. Terus dijirus dengan air. Kain kak Z yg terkena sedikit api, turut dijirus air. Kemudian, kak Z mengangkat sebaldi air dan disimbah ke atas tilam dan satu bantal lagi yang masih menyalakan bunga-bunga api di dalam bilik.

Kak Z kata, api tu berpunca dari ubat nyamuk. Entah le, saya pun tak faham dengan kebiasaan orang Kelantan yang memakai ubat nyamuk lingkaran, mereka menggunakan tudung periuk, periuk atau besen besi untuk letak ubat nyamuk. Sedangkan, kalau tak silap saya, kalau beli ubat nyamuk dalam tin, sudah siap disediakan bekas khas untuk letak ubat nyamuk lingkaran. Bukannye mahal sangat. Tapi, mungkin ia sudah jadi satu tradisi yang sukar untuk diubah walaupun dah tahu bahayanya.

Bantal yg digunakan oleh anak kak Z tertimpa ubat nyamuk yang terdedah kerana hanya diletak di atas tudung periuk. Ape lagi, makin lama, bara api ubat nyamuk tu makin membesar le. Syukur, letaknya bukan di tepi langsir. Andai api tu memakan langsir, walLahu'allam apakah akhirnya. Itu peringatan besar buat kak Z dan juga kita semua.

Moral :
1) Pakailah ubat nyamuk elektrik. Kalau tak mampu pun, pakai bekas yang telah disediakan utk ubat nyamuk lingkaran.
2) Jangan ambil mudah ape yang suami peringatkan. Ada hikmah yang tersembunyi dalam kata-kata suami seperti mana kata2 kedua ibu bapa.

--
Hanifah Sazali
http://pentaskehidupan.blogspot.com/





0 comments: