Search

Sekitar Penamaan Calon di 2 Bukit

0 comments

P.059 Bukit Gantang



http://idhamlim.blogspot.com/





http://www.politikbanjar.blogspot.com/





http://perisik-rakyat.com/

http://greensocialis.blogspot.com/







http://ajijoi.blogspot.com/


N025 Bukit Selambau

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4037

9 Bulan 10 Hari

0 comments

Oleh: Zaimah Mat Yuden

Pagi khamis lepas (19hb), lebih kurang pukul 7.19 pg , dapat sms dari Maimunah Mansor (Ex-TKP LTK PMIUM) bagitahu dah selamat bersalin jam 6 pagi tu di Hospital Serdang, Delivery, normal. Berat baby, 2.92kg (besar jugek tu..) Baby girl, AlhamdulilLah. . Ni anak kedua dia, yang sulung boy.. Muka sebijik suami dia.. tapi putih melepak macam dia la.. Hari sabtu (21hb) sempatlah gi ziarah dia dan baby kat rumah mertua, Shah Alam, sebelum dia habiskan pantang di kampung, Terengganu. Saya (kami sekeluarga) pergi dengan family Kak Usu Na (NurAliza Sidek, isteri Ust. Shahmun Yahya). Mmm.. Comel sangat-sangat anak kedua ni (macam abang dia la..), nama pun sedap - 'Aisyah Mahfuzah binti Kamarul. AlhamdulilLah, baby dan mak baby sihat walafiat.. Rugi rasanya tak ambik gambar, boleh masuk dalam blog Mujaddid, tapi nak buat macamana, ambo takde kamera.. huhuhu..

Ramai lagi adik beradik Mujaddid yang selamat melahirkan pejuang-pejuang Islam tahun ni (Mama Didi aka Siti Khadijah Abdul Latif, Nor Huzaimah dll) , tapi tak dan nak gi jenguk.. yang tengah menunggu cahayamata pun tak kurang jugak..

Mmmm... Nampaknya ada lagi orang sebut pasal mee udang... Nak kena suruh ustaz gi cari ni! hehehe.. gurau je.. Actually, lepas Ust. Zaman sebut mee udang Kuala Sepetang hari tu, terus saya cari resepinya dalam internet.. Buat banyak jugak, kuah dalam seperiuk sederhana besar, cukup untuk dua kampit mee kuning.. Hari tu saya tak makan benda lain, asyik ceduk mee je.. tapi kena masak nasik jugak, ustaz tak boleh makan banyak sangat masakan berasaskan udang ni, nak kena jaga, takut kolestrol dalam darah naik.. So, sekarang takde kempunan-kempunan lagi la... (Puah ati aku make sepuyuk mee ude...! )

Cerita pasal kempunan ni, teringat masa mengandungkan yang sulung, si Muazz. Saya mengandungkan Muazz lepas 4 bulan melangsungkan perkahwinan, jadi masih lagi malu-malu dengan suami dan keluarga mertua.. Sekali tu adik ipar goreng bihun, bila dah siap dan ceduk bihun dalam bekas, ada la tertinggal kerak dalam kuali.. Terliur tengok kerak tu, selalunya kalau goreng mee atau nasik, kalau ada kerak, saya mesti kikis makan keraknya, sedaaap.. Tapi memandangkan masa tu kat rumah mertua, malu nak buat tebiat tu.. Mmm.. apalagi, kempunan la..

Seingat saya, masa mengandungkan Muazz, tak boleh silap sebut nak makan apa, mesti suami cepat-cepat carikan (maklum la, first time pregnant), cuma teringin nak makan kerak bihun tu je yang tak tersebut kat suami.. Muazz lahir normal, tapi dari kecik sampai umur 2 tahun lebih, air liur dia asyik meleleh je.. Kalau rujuk buku pasal pregnancy, katanya the child is lacking the ability to swallow his saliva - kurang keupayaan menelan air liur... Tapi kalau rujuk mak dan mertua, katanya mak budak teringin nak makan sesuatu, tapi tak kesampaian, kempunan le tu.. Ubatnya kena cari makanan yang dia tak kesampaian nak makan, lepas tu bagi budak dan mak budak makan... Nak percaya ke tak ni? Apapun, suami suruh pikir juga, apa benda yang dia tak tunaikan/carikan masa mengandung saya dulu, mana tahu, kita ikhtiar selagi boleh, mungkin jadi. Lama jugak nak ingat balik, sebab dah hampir 3 tahun berlalu sejak mengandung sulung.. Macam-macam cuba suap ko Muazz dan Ummu Muazz, tapi gagal... akhirnya teringat la pasal kerak bihun tu.. Bila balik kg, Alhamdulillah, hajat yang tak kesampaian dulu dapat ditunaikan.. Peliknya, lepas tu air liur Muazz dah tak meleleh lagi... Hmm... Petua orang dulu-dulu ni takleh wat main-main.. Mereka dapat dari pengalaman dan pemerhatian. .

Okay la.. dah panjang dah ni.. Lain kali cerita lagi.. Adios..

Wassalam.

Nostalgia Itu

0 comments

Oleh : Shahrul Zaman Lukman

Menyingkap nostalgia lama kadangkala mengasyikkan. Rasa ingin kembali semula ke saat itu bersama-sama teman-teman. Saat itu, susuk tubuh kalian masih lagi boleh dimaafkan. Tidak terlalu besar dan gempal berbanding sekarang. Sekarang, yang kurus semakin berisi dan yang berisi demakin menjadi-jadi.

Masih terngiang kata-kata jenaka yang kalau teringat bersendirian akan mengukir senyuman nipis di bibir. Andai teringat Ustaz Rusdan, hati ini akan terusik ketawa apabila teringat ungkapan " saya rasa saya". Teringat Dr Fauzi, ungkapan ini akan kekal diingati " Baiklah" " namun demikian". Ustaz Rusdan selalu memerliku dengan kata-kata ini " lajnah siasah dan hewal semasa" . Mat ialah orang yang paling banyak dirakam kata-katanya seperti " chinese dan indien", tiduq kaki atas kepala bawah", memusing". Apabila teringat Pok Nik " ak... tak boleh cakap".. sudah pasti tergambar Pok Nik ketika itu yang menggigil kesejukan.

Mazuan terkenal dengan pemuda tahan lasaknya. Asyik accident sehingga kita pun sudah tidak hairan kalau dalam sebulan itu dia akan kemalangan. The Rokh gelaran Rokhaimi pasti diingati pelajar kelas Fiqh dan Usul semasa Ustaz Rushdi berulang-ulang kali memperbetulkan sebutan namanya.. "Rokhaizi". Badie pun begitu. Ustaz Rushdie akan sebut "Bodi". Zulkifli mudah dikenali apabila menunggang motor. Gaya duduknya seolah-olah membawa motor berkapasiti besar iaitu sedikit membongkok.
Asyraf dikenali di antara kami sebagai chef terulung yang masakannya bertaraf hotel lima bintang. Nazri bah jika membuat presentation pasti memukau. Tetapi aku tidak berapa faham soalan yang ditanyanya ketika Bicara Siswa dahulu. Maaflah Nazri. Ko cakap kuat sangat masa tu bah! Zaki walaupun kadang-kadang sahaja bersama di kediaman kami dahulu tetap dikenang-kenang juga. Pidut seorang penasyid bersama kumpulan nasyid sering membuat show dalam program PMI. Nawawi yang pelat baku berbunyi kelantan seorang yang suka mengungkapkan perkataan " Macanmane". Pandai juga memasak selepas Chef Asyraf.

Rumah ini banyak kenangan dan sekarang sudah hilang dalam pandangan kerana sudah bertukar wajah menjadi show room kereta. Tempat inilah kami bermandi peluh petang-petang hari bermain bola. Macam-macam gaya yang ada. Pernah sekali cermin mataku patah dek tendangan padu Fauzi. Jangan dirapat apabila Mat bawa bola, nanti kaki yang ditendangnya bukan bola!. Rumah ini juga tempat kami brainstorm mencari idea membawa gerakan mahasiswa Islam. Rumah ini adalah tempat kami bercucuk tanam menuai hasil yang bukan untuk dijual tapi untuk dilahap oleh kami. Petani tetap ialah Ket.Beberapa kali tuan rumah datang minta sewa apabila 3 bulan kami tak bayar sewa. Kami minta tangguh lagi. Sampai satu ketika, pintu pagar rumah kami disita. Maka, badang-badang yang ada berjaya mengangkat pintu pagar tersebut. Kemudian kami pun segera menjelaskan hutang piutang yang beribu-ribu ringgit itu.

Tempat santapan kegemaran Badie dan Rokh ialah Maple. Suka sangat mereka ke sana berjumpa Harun. Harun ialah pekerja kedai makan berasal daripada Pakistan berkelulusan
ijazah kedoktoran tetapi bekerja di Malaysia sebagai pelayan kedai makan. Keistimewaannya ialah berapa banyak order yang diminta dia akan ingat semua dengan tepat. Berbondong-bondong pelajar UM makan di situ malam dinihari kerana harganya yang boleh tahan dan nasinya yang banyak.

Rakan-rakan muslimat adalah sayap kiri kami. Banyak juga jasa mereka curahkan dalam bersama-sama mengukuhkan PMIUM. Semoga kalian berbahagia sentiasa dan masih saling berhubungan antara satu sama lain. Kepada rakan-rakan yang lain yang tidak disebutkan namanya di sini, moga kalian berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Sudah berjawatan besar, bergaji besar, kelengkapan seba serbi dan sebagainya diharap menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih mensyukuri nikmat Tuhan.


Percutian di Phuket

1 comments

Oleh : Naziroh Romli

Sekadar nak kongsi pengalaman bercuti di Phuket semasa hari raya korban baru-baru ini. Seronok sangat sebab sudah hampir 4 tahun tidak dapat balik kampung Wan saya..lseepas dapat kerja memang inilah kali pertama saya menjejakan kaki ke Kok Yao, Phangga Phuket (Syurga Dunia). Saya, mak dan isteri adik saya bertolak ke Phuket selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Kebetulan ayah saya menunaikan ibadat haji jadi hanya kami bertiga pulang ke kampung. Ayah angkat saya jemput kami bertiga di Bukit Kayu Hitam, saya dan ayah Din bertukar-tukar memandu sebab ambil masa dalam 7 jam juga nak sampai ke Phuket tidak termasuk singgah di Krabi untuk solat dan isi minyak kereta.Sampai di Phuket lebih kurang dalam pukul 9.30 malam, malam itu kami bermalam di Hotel Malin di dalam pekan Phuket sebab bot malam untuk ke Kok Yao tidak ada..lagi pun rasa letih juga seharian dalam perjalanan. Keesokan pagi kami bertolak ke Ban Rong, ala..lebih kurang macam jeti Kuala Kedah tu la..tapi jeti kita cantik lagi la. Sarapan pagi di situ dan naik bot laju ke Kok Yao pada pukul 9 pagi.

Sebenarnya suasana hari Hari Raya Haji kat sini pun meriah jugak macam kat Kelantan (orang cakap raya haji kat Kelantan best..betul ke?..he..he..) memang sambutannye macam kenduri kawin jugak, tapi sebab kami dalam perjalanan..jadi, tak la rasa sangat suasana Hari Raya.Bot yang kami naik tu mengambil masa dalam 30 minit ja untuk sampai ke Kok Yao, ingat masa kecik-kecik dulu kalau nak balik kampung rasa macam tak best ja sebab perjalanan jauh lepas tu kalau nak naik bot pulak ambil masa 2 jam. Tapi sekarang ni dah selesa banyak alhamdulillah. Sampai dekat Kok Yao tak terus baik rumah Wan sebab memang tak dak sapa-sapa kat situ, wan dengan tok dah dok(tinggal) dengan kami kat Alor Setar, balik sebab nak ziarah sedara mara dan nak bawa menantu baru jalan-jalan kenalkan saudara mara kat kampung halaman. Malam tu kami bermalam di Chalet yang dah di tempah oleh ayah Din. Esok pagi baru bertolak ke rumah wan.Awal pagi tu setelah berkemas semua, ayah Din datang jemput naik jip ayah Din, saya dan adik Zah balik dulu rumah Wan sebab mak kena jumpa dengan Tok Wa ada urusan yang nak diselesaikan. Sampai di rumah Wan, rasa seronok sangat..rumah Wan masih cantik lagi cuma semak samun dengan rumput yang hampir sama tinggi dengan pinggang yang mencacatkan pemandangan indah di sini. Rumah wan sebenarnya agak jauh dari rumah jiran. Terletak di dalam kawasan ladang kelapa (pokok nyiur). Pagi tu aktiviti saya dengan adik Zah ialah membersihkan rumah lah..rumah ditimbuni dgn habuk yang tebalnya hampir seinci. Sapu, basuh, mop..pagi tu memang penat sangat, tapi puas dapat buat kerja-kerja rumah macam tu.

Tengah hari tu ayah Din hantar makan tengahari sebab tak boleh nak masak apa-apa dan tak dak ape-apa stok makanan dan kebetulan gas pula habis,nak keluar ke kedai memang jauh jadi makan nasi bungkus je lah. Saudara mara mula penuh rumah sebab nak tengok menantu, he..he.. kesian dekat dik Zah.. dia tak faham apa yang depa cakap, dia angguk-angguk dan senyum-senyum saja bila orang tanya nak bersembang..saya lah jadi jurubahasa bila orang nak bersembang. Petang tu pulak Tok Wan Su (adik tok saya) jemput makan malam kat Restauran dalam sawah tepi laut....bestnya. Tok Wan Su Belanja makan, macam-macam ada.. udang, sotong, ketam, ikan dari yang kecil sampai yang ke basar memang makan besar la hari tu.. Tapi sayang.. saya sebenarnya kurang sikit dengan makanan laut ni. Dik Zah la yang paling terkejut sebab tak pernah jumpa makanan macam tu.

Aktiviti keesokan harinya pula ziarah ke rumah saudara mara, saya diamanahkan oleh mak saya untuk membawa Dik Zah ke rumah saudara mara..lama-lama tak balik memang ada sedara yang tak kanal, tapi tak la sempat nak singgah ke semua rumah sebab kalau nak ikut satu pulau tu adik beradik tapi singgah rumah sedara yang betul-rapat ja, kalau tak jenuh la nak atur rumah. Bila lama-lama tak jumpa ni..biasalah mula la yang jadi jejak kasih..tambah-tambah tok-tok dengan wan-wan orang lama-lama, memang seronok tapi ada juga yg tak bestnya..biasalah depa tanya apa lagi pasal ....(tuuuuuut) soalan cepu emas, ni yang malas ni. Senyum je lah..

Aktiviti untuk hari ketiga pula pagi tu saya, mak dan Dik Zah turun ke laut, kalau nak tau..rumah wan saya atas bukit dan bawah tu laut, saja nak jalan tepi pantai. Telaga dekat tepi laut tu dah tak terjaga jadi semak la sikit, tapi air telaga masih jernih dan masih boleh diminum, telaga tu jadi tempat nelayan-nelayan singgah untuk ambil air minum. Masa jalan-jalan tepi pantai tu sempat la jadi budak-budak sekejap sebab main kejar-kejar dengan anak ketam. Seronok sangat, dulu masa kecik-kecik dulu selalu juga berenang dengan adik kat sini, tapi bila dah besar ni..walaupun tak dak orang segan jugak.. Nampak bot-bot nelayan tengah menarik pukat di bawah terik panas matahari, suasana yang tenang terasa begitu damai sambil melafazkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan Ilahi..Subhanallah..

Hari keempat kami di Kok Yao kami sempat menziarahi pusara nenek dan sedara mara yang dah meninggal dunia di "Prioor” orang kita panggil Kubur. Selepas itu melawat pondok (”ponok” dalam bahasa Thai) sebab kebanyakan saudara-mara dekat ramai yang dok kat pondok dok mengaji dengan dengar kitab kat situ. Selesai ziarah pondok saya singgah dekat satu sekolah Tadika kat situ, kebetulan 3 pupu saya cikgu yang mengajar di sekolah tu jadi boleh la masuk melawat.. sambutan cikgu sekolah di situ amat baik, saya pergi tak de surat ape pun just nak tengok sekolah. Tapi guru besarnya mengalu-alukan kedatangan kami dengan baik dan meminta anak-anak kecil ini buat persembahan tarian kebudayaan Thai. Mejoroti penduduk pulau ini Islam. Memang berbakat kanak-kanak ini buat persembahan.
Semasa perjalanan nak balik ke rumah Wan sempat la singgah makan kenduri Korban, yang tak habis-habis lagi sambutanya. Memang sedap la makanan yang dimasak, saya dan Dik Zah memang makan dengan berselera sekali. Ada Tom Yam, (Yam Muang) Kerabu, Keng Som (asam pedas), Nam Chup (Air Asam), Tom Khoai (Daging rebus) ..emmmm.. sedaaap. Dekat malam baru sampai rumah semula, lepas solat isya saya dan Dik Zah mula mengemas pakaian sebab kami dah nak naik ke Tanah Besar esoknya.. Malam tu tidur lambat juga sebab ada saudara mara yang masih lagi tak putus-putus berkunjung ke rumah Wan.

Keesokannya pagi kami bertolak ke Tanah Besar, rasa tak puas lagi..tapi nak buat macam mana saya pun dah nak mula kerja jadi kenalah balik Malaysia. Sampai Kat Tanah besar dalam kul 10 pagi, ayah Din bawa kami jalan-jalan kat Pekan Phuket, melawat tempat-tempat yang menarik macam pelabuhan kapal, ’Patong’ tempat yang kena Tsunami dulu tapi kerajaan Thai dah bangunkan semula tempat ni, ’Big Shop’ ala-ala Tesco la tapi hak milik orang Thai. Sempat la tengok matahari terbenam kat tepi pantai. Beli cenderahati sikit-sikit dan makan-makan kat tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Keesokan pagi lepas solat subuh kami bertolak ke Bukit kayu hitam ke Hattyai singgah untuk solat, makan dan beli barang-barang sikit, sampai di Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam dalam jam 4.30 petang dijemput oleh adik saya. Itulah sedikit sebanyak cerita dari saya sepanjang percutian saya di Phuket baru-baru nie..

Maulidur Rasul; Semakin Sayang

0 comments

Oleh: Noor Hidayah Kassim
Salam semua… sekadar ingin berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, baru sahaja selesai majlis sambutan maulid al-rasul peringkat UiTM Kedah. Kepuasan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walaupun banyak kekurangan tapi segala penat lelah hilang macam itu saja apabila ada penonton yang menangis mengenangkan pengorbanan Rasulullah melalui pelbagai persembahan yang disampaikan.

Saya ditugaskan untuk handle slot pentomen. Dengan susah nak cari pelakon, latihan yang tak banyak kali boleh buat, terpaksa bersabar dengan perangai student yang berlakon dan macam-macam lagi dugaan yang ada. Tapi alhamdulillah tadi ramai orang bagi kredit pada persembahan pentomen. Kami berlatih setiap malam kerana begitu yakin usaha melebihi segala-galanya dengan izin ALLAH. Kalaulah semua budak-budak pentomen tu perempuan, dah lama nak peluk depa. Tapi semuanya lelaki.. hehe. Tapi, apa yang lebih penting, ukhuwwah antara kami yang terjalin. “Ustazah, nah ambik ais krim, kami belanja sebagai balasan terima kasih latih kami pentomen..” Hehe dapat la ais krim sebatang. Mahal pulak tu. Budak-budak ni tak ada pemikiran macam kita. Tapi hati rasa amat dekat sebab depa ikhlas buat apa-apa benda. Walau mulut berbuih marah, tapi akan tetap cool balik bila tengok muka budak-budak ni. Tidak tahu hendak cakap apa untuk menggambarkan rasa lega dan gembira atas keberhasilan pentomen ni. Kredit untuk KU AZHAR, JAMIRUL, IS, HAMDI, WAN, HAZIQ, AKMAL, MAHA, IZAT, AZAN, ROY, RIZAL, ILYAS, LUQMAN dan AIN. “Ustazah, lepas ni kalau ada apa-apa lagi panggil je kami!” Tadi HAZIQ pesan macam tu. Hehe…. Juga kredit untuk UMMU HANI kerana “Kak Dayah, kita buat semua ni untuk RASULULLAH…”

Sekadar ingin meluahkan perasaan yang ada sekarang. Banyak benda yang berlaku di sini mengajar saya untuk lebih berfikiran terbuka, sayang sesama manusia, tidak segan menghulur usaha. Semakin sayang dengan profesion ini!!!

Yahoo Messenger

1 comments

abu shifa': salam
abu shifa': enti punya cerita tak samapai le
ukhtina_z: ala ye ke?
abu shifa': silap mal ke
ukhtina_z: dak la
ukhtina_z: saya hantar kat kat mail yg ustaz bagi tu lah
abu shifa': mujaddid2008@gmail.com
ukhtina_z: saya ingat dah dapat
ukhtina_z: ya betul la tu
abu shifa': enti send kat sini
ukhtina_z: ka sbb gambar tu
ukhtina_z: berat
abu shifa': gambar pe
ukhtina_z: dalam cerita tu saya letak gambar
abu shifa': attachment ke
ukhtina_z: pemandangan suasana kat phuket
ukhtina_z: tempat yg saya lawat
abu shifa': enti buat attachment
ukhtina_z: saya buat
ukhtina_z: pakai word biasa ja
ukhtina_z: saya buat kat ofis
ukhtina_z: guna pc ofis
ukhtina_z: nak save dalam email
ukhtina_z: macam tak boleh
abu shifa': enti buka mail yg enti send kan tu
abu shifa': tengok.. sampai tak
abu shifa': ada tak attachment u
ukhtina_z: hari tu saya hantar masuk terus kat dalam gmail tu
ukhtina_z: sbb boleh
abu shifa': hntr melalui apa
abu shifa': mail enti ke
ukhtina_z: tak
ukhtina_z: email yg ustaz bagi tu
ukhtina_z: ka saya silap
abu shifa': enti send guna email enti ke macamana
abu shifa': kalau gna mail enti.. mesti ada rekod dalam mail enti tu
ukhtina_z: dak
ukhtina_z: saya tak guna mail saya
ukhtina_z: sya guna mail yg ada dalam blog tu
ukhtina_z: yg kakak hanifah tanya ustaz
ukhtina_z: nak hantar artikal mcmana tu
ukhtina_z: saya klik la kat situ
abu shifa': ooo
ukhtina_z: pas tu boleh
ukhtina_z: tu yg saya ingat dah dapat
abu shifa': better enti send via email
abu shifa': ada rekod
ukhtina_z: mcmana pulak tu?
ukhtina_z: melalui mail saya ka?
abu shifa': pakai email sendiri pastu attachment
abu shifa': cam biasa
ukhtina_z: saya dah suba email saya
ukhtina_z: tapi berat
abu shifa': berat gambar tu
abu shifa': gambar byk sgt kut
ukhtina_z: dak la pun
ukhtina_z: ada la beberapa keping
ukhtina_z: tak pe lah ustaz
ukhtina_z: saya hantar lain
ukhtina_z: tapi tak yah letak gambar la
ukhtina_z: saya pakai email biasa
abu shifa': bagi 2 keping gamabr]
abu shifa': tp email lai2
ukhtina_z: ok..
ukhtina_z: kalau sempat esok saya hantar
abu shifa': ye
abu shifa': mlm ni takde apa2 nak bg
ukhtina_z: syifa dgn ein buat ape ustaz?
ukhtina_z: oo..
ukhtina_z: saya tengah dok mengarang nie
abu shifa': ada kat belakang ni
ukhtina_z: kalau ok nanti saya hantar
ukhtina_z: artikal
ukhtina_z: sya tengah karang ttg kepentingan bermain untuk kanak-kanak
abu shifa': ooo
ukhtina_z: bermain sambil belajar
abu shifa': antar mlm ni
abu shifa': yg hr tu semua ada kat ofis ke
ukhtina_z: emm..
ukhtina_z: banyak kat ofis
ukhtina_z has signed out. (3/12/2009 10:54 PM)


abu shifa': salam
abu shifa': berpa no mazuan
duta_timur80: 019-6117561
abu shifa': ni online kat rumah ke
duta_timur80: yup
abu shifa': waa dah ada tenet.. mazuan ada
abu shifa': buatsatu ertikel, cerita ke .. nak masukkan dalam blog
duta_timur80: kat bilik air
abu shifa': baru masuk tenet ke
duta_timur80: bln 2 baru ni
abu shifa': tp jarang online
abu shifa': boleh la korang berblog
duta_timur80: a'ah.biasa on the spot je
duta_timur80: road block?
abu shifa': ???
abu shifa': ada org dah kluar blik air ke ni
duta_timur80: belum
abu shifa': dia bersihkan bilik air ke
duta_timur80: bilik air bersihkan dia
abu shifa': ooo
duta_timur80: aaa
duta_timur80: tipah tertipu bang
abu shifa': mazuan ko... usus pjg sgt ke
duta_timur80: apa kaitan usus dengan trakea?
abu shifa': ooo dia tak sama dgn medula oblogata
duta_timur80: pankreas dan serebrum pun x sama
abu shifa': sereblum tu sebalah serebrum
abu shifa': tiub esofogus ko ok ke
duta_timur80: tiup follopio di masuki vius bedak follow mw
duta_timur80: virus
duta_timur80: follow me
abu shifa': epirdemis ko nipis sgt kut
abu shifa': http://gagasanmujaddid.blogspot.com/
duta_timur80: epedermis dicuri epi di pantai remis
abu shifa': ish ish arteri pun dicuri epi
BUZZ!!!
abu shifa': Toothy: Yawn
duta_timur80: Eh Jom pegi makan.
duta_timur80: maple
abu shifa': mazuan mifrah masuk kat shot mix tu... cakaple apa2...
duta_timur80 has signed out. (3/13/2009 12:11 AM)


abu shifa': alo kawan bila mau update blog
Avillyd MN: xde masa la
Avillyd MN: malas nak layan politik malaysia yg bodoh lagi dibodohkan
abu shifa': yg bodoh la nak kena tulis daaa
abu shifa': ada call
Avillyd MN: xde lagi
Avillyd MN: harini
Avillyd MN: hset off satu hari bateri low
Avillyd MN: anta gi blog ni ke
Avillyd MN: http://politikbaru.blogspot.com/
abu shifa': yela
Avillyd MN: nta duk mana
abu shifa': http://gagasanmujaddid.blogspot.com/
abu shifa': rumha
abu shifa': tulis la apa2 kat shout mix tu
Avillyd MN: shout mix tu ape benda ana tak tahu
Avillyd MN: ana tgh update blog dgn kroni bajet kemarin
abu shifa': dlm blog gagasan tu.. ada ruang sembang
Avillyd MN has signed out. (3/13/2009 12:40 AM)

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

1 comments

oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila
anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas
dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ” Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.

2) Berkomunikasi diantara minda ke minda Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH d
ia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda . Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun
menarik kebencian orang itu terhadap anda . Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya .

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.
Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi .

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya
orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus .
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Hasil Kerja : Nor Hidayah Kassim

Ingatan Suami

0 comments

Apa bendanya masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan? Itu teka teki budak-budak yang jawapannya mungkin banyak. Cuma satu jawpan je yang tak berubah iaitu api.

Ingin saya berkongsi cerita ketika mengajar di SRI Aman. Suatu hari kecoh tentang cerita kebakaran. Rumah seorang guru (kak Z) hampir musnah dijilat api sekiranya tidak disedari dan tiada tindakan pantas. Segala-galanya berpunca dari ubat nyamuk yang menjadi bahan mainan budak-budak baru belajar pasang ubat nyamuk.

Menurut kak Z, suaminya bekerja di luar. Sebelum pergi, si suami telah berkali-kali pesan tentang ubat nyamuk. Kak Z jawab dengan endah tak endah je. "InsyaAllah tak de ape-ape nye." Lebih kurang pukul 4 pagi tadi, kak Z dikejutkan dengan suara tangisan anaknya yang amat kuat beserta batuk kerana kelemasan dalam asap yang telah memenuhi ruang bilik. Kak Z yang tidur bersama anak-anak terkejut besar bila tengok api di bawah kakinya. Kakinya telah merasai bahang panas api.

Panik. Memang panik. Alhamdulillah, rasional masih muncul dalam diri. Kak Z terus mengambil bantal yang ade api menyala2 dan dibawa ke bilik air. Terus dijirus dengan air. Kain kak Z yg terkena sedikit api, turut dijirus air. Kemudian, kak Z mengangkat sebaldi air dan disimbah ke atas tilam dan satu bantal lagi yang masih menyalakan bunga-bunga api di dalam bilik.

Kak Z kata, api tu berpunca dari ubat nyamuk. Entah le, saya pun tak faham dengan kebiasaan orang Kelantan yang memakai ubat nyamuk lingkaran, mereka menggunakan tudung periuk, periuk atau besen besi untuk letak ubat nyamuk. Sedangkan, kalau tak silap saya, kalau beli ubat nyamuk dalam tin, sudah siap disediakan bekas khas untuk letak ubat nyamuk lingkaran. Bukannye mahal sangat. Tapi, mungkin ia sudah jadi satu tradisi yang sukar untuk diubah walaupun dah tahu bahayanya.

Bantal yg digunakan oleh anak kak Z tertimpa ubat nyamuk yang terdedah kerana hanya diletak di atas tudung periuk. Ape lagi, makin lama, bara api ubat nyamuk tu makin membesar le. Syukur, letaknya bukan di tepi langsir. Andai api tu memakan langsir, walLahu'allam apakah akhirnya. Itu peringatan besar buat kak Z dan juga kita semua.

Moral :
1) Pakailah ubat nyamuk elektrik. Kalau tak mampu pun, pakai bekas yang telah disediakan utk ubat nyamuk lingkaran.
2) Jangan ambil mudah ape yang suami peringatkan. Ada hikmah yang tersembunyi dalam kata-kata suami seperti mana kata2 kedua ibu bapa.

--
Hanifah Sazali
http://pentaskehidupan.blogspot.com/





Kegiatan Ahli

0 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. gagasanmujaddid.blogspot.com semakin aktif. Saya banyak menerima artikel yang mahu disiarkan oleh ahli Mujaddid ke dalam blog ini. Terima kasih kepada mereka yang aktif mengambil bahagian. Selain artikel berbentuk ilmiah, kita juga mahu mendengar berita tentang diri sendiri atau tentang sahabat ahli mujaddid yang lain. Apa khabar ahli kita di Utara, Selatan, Timur dan Barat. Begitu juga ahli-ahli kita di Borneo? Badie, Zaki, Nik Mahadi (pergi Sarawak senyap-senyap je), Khairul Bariyah, Masyitah, Jalalilah dan lain-lain.

Andai mahu berjumpa sahabat-sahabat di sekitar Lembah Klang tidaklah susah. "just calling". Beberapa minggu yang lalu, saya sempat bersua muka dengan Azmi Mohamad dan Nawawi. Kebetulan menghantar isteri berusrah dengan adik-adik Mujahid. Azmi sekarang sibuk siapkan disertasi masternya. Nawawi masa itu tengah ke'bujang'an. Isterinya sudah dihantar pulang ke Kelantan menunggu kelahiran anak yang kedua. Kami makan-makan di kedai 'Mek' di Pantai Dalam. Nawi asyik mengomel pasal hubungan tak mesra dengan bosnya di RHB Bank. Lepas ini kita jumpa santai dengan Hadi pula.

Baru-baru ini ada juga Zul hantar SMS maklumkan yang dia berada di Kuala Lumpur. Maaflah Zul tak terbalas SMS hang. Masa tu handset sudah kena 'barred'. Boleh baca cerita Zul di blognya. Zul ni duduk satu pulau dengan Rokh lagi kan?

Saya sentiasa berjumpa denga Mat. Yalah.. Sudah satu ofis. Setiap hari boleh jumpa. Tambahan rumah kami pun 'dokek ajo'. Asyraf selalu juga mai Kl tapi jarang-jarang jumpa. "Call lah aku". Ustaz Dan, ana selalu turun Perak lani ni, mehla kita jumpa-jumpa. Bawa sekali Si Zainul tu. Nurliza pun dah offer nak belanja makan mee udang tu.

Walaubagaimanapun, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga terus istiqamah dengan kerja buat kalian. Sesiapa nak berkongsi cerita boleh emailkan terus ke mujaddid2008@gmail.com. Tak sabar nak publish ni perkongsian cerita korang!

Abushifa

Ibubapa dan Guru; Bagai Aur dengan Tebing

0 comments

oleh : Hanifah Sazali

Antara ibubapa dan guru perlunya ada kerjasama yang baik. Kekadang ibubapa terlalu mengharapkan kepada guru. Dan ada kalanya, guru juga begitu meletakkan harapan kepada ibubapa untuk membimbing anak-anak.

Di sekolah, masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran yang telah ditetapkan, masa untuk mendidik seorang pelajar menjadi manusia tidak mungkin mencukupi. Guru amat mengharapkan pelajar mengulangkaji pelajaran di rumah. Tapi, mana mungkin pelajar darjah satu buat kerja sekolah, ulangkaji, tanpa disuruh. Ibubapa pula amat mengharapkan guru menegur, mendidik anak-anak mereka melakukan perkara-perkara yang baik dan berakhlak mulia.

Di sinilah perlunya kerja sama antara guru dan ibu bapa. Kalau ibubapa sentiasa sibuk, guru pula berkelakuan yang tidak boleh dijadikan contoh oleh pelajar, hasilnya, rosaklah generasi yang lahir.

Satu kisah yang berlaku ketika saya menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah beberapa tahun yang lepas. Dan saya pasti kisah ini sentiasa berlaku di kebanyakan sekolah. Ada ibu kepada seorang pelajar darjah satu datang mengadu anaknya sakit sebab dipukul oleh kawannya. Ketika itu guru tiada dalam kelas. Rakannya juga baru darjah satu. Apalah sangat kalau budak darjah satu pukul. Mungkin tak sampai luka dan cedera yang teruk. Kalau ada pun, sekadar sedikit lebam.

Dari satu aspek, saya salahkan guru yang sepatutnya berada dalam kelas, tapi tak jalankan amanah. Sepatutnya dia faham keadaan pelajar darjah satu yang mempunyai pelbagai perangai. Yang nakal tu, kekadang sampai takleh dikawal. Sekurang-kurangnya bila guru ada, guru boleh menghukum pihak yang bersalah dan memberi pengajaran. Tapi, bila guru takde, haa.. sape yang akan bertanggungjawab kalau berlaku perkara yang tak diingini?

Saya bersyukur, bilik guru saya ketika itu adalah kelas yang saya pegang. Sekurang-kurangnya, kalau kebetulan cikgu tidak masuk ke kelas saya, pada masa saya tidak mengajar, saya boleh tengok-tengokkan anak-anak murid saya.

Dari aspek lain, saya juga tak berapa setuju pada si ibu yang menyalahkan sepenuhnya kepada guru. Guru juga ada tugas lain selain mengajar. Guru seorang takkan mampu mengawal 30 orang murid dengan sebaik-baiknya. Kesakitan, kecederaan ringan bagi kanak-kanak yang sedang membesar adalah perkara normal. Saya faham perasaan seorang ibu yang tidak mahu anaknya cedera, lebih-lebih lagi diluar dari pemerhatiannya.

Namun, para ibu bapa perlu bersikap rasional dan pandai mengambil hati dan memujuk anak-anak sekiranya berlaku sesuatu yang menyakitkan anak-anak. Ibu bapa tidak boleh bertindak melulu menyerang guru tanpa membuat siasatan terlebih dahulu. Kemenangan yang berpanjangan bagi pihak anak mungkin akan menyebabkan anak-anak menjadi terlalu manja dan keinginan mereka sukar dikawal apabila menginjak usia remaja.

Apapun, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan bukannya bertengkar menegakkan benang yang basah. Tidak menjadi satu kesalahan dan menjatuhkan maruah mana-mana pihak sekiranya salah satu pihak meminta maaf apabila melakukan kesilapan.