Search

SALAM MAAL HIJRAH 1431

0 comments

Kami Murabitun

0 comments


Kami Murabitun...
Usaha kecil menyayangi agama
tanpa berharap balasan dunia
rezeki kurniaan Ilahi
ada di mana-mana
sabarlah dan solatlah...

kami ramai kawan
kami punyai rakan
kami miliki sahabat
kami ada anak dan isteri
mereka memahami dan difahami
janji setia, baiah masih diingati..
kalian mahu memungkirinya?
kalian mahu melangarinya?

Tuhan,
andai kami syahid di sini
syahidlah kami seperti Hamzah, Jaafar dan Hanzalah

Rabbi,
andai kami masih di sini
kentalkan jiwa kami
kukuhkan iman kami
tawadhukkan peribadi kami
seperti air mata Abu Bakar
seperti rintihan Umar
seperti kecekalan Uthman
seperti pengorbanan Ali

Kami murabitun..
kami tidak memiliki
tetapi kami dimiliki
Engkau yang memiliki
dan kami hanya diberi milik

Andai panjang usia kami,
istiqamahlah,
Andai singkat masa kami,
Thabatlah..
dunia nan fana sementara cuma
yang kekal akhirat sana...

oleh : Sang Purba

FORUM UKP: ISU KARTIKA dan UNDANG-UNDANG SYARIAH

0 comments

Cuti Sekolah; Program Mujaddid

2 comments


Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Bagaimana kehidupan kalian?

Cuti sekolah hampir menjengah. Andai tahun lepas, kita kesibukan mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadiri Family Day Mujaddid, tetapi pada tahun ini Mujaddid tidak menganjurkan apa-apa aktiviti. Alasannya mudah, sibuk, tidak cukp masa, isteri bersalin dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dalam benak kepala saya mahu juga dianjurkan satu atau dua program cuti sekolah ini. Ada cadangan? Tidak kisahlah apa sahaja cadangan yang dikemukakan, kita semua akan fikir bersama relevan atau tidak. JV dengan mana-mana NGO untuk ikuti program seperti Ummah Care, UKP, PERKIM, Muslim Care, Yayasan Amal dan sebagainya. Atau kita buat road show ziarah rumah ahli di Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Kebiasaan cuti sekolah banyak kenduri kendara. Ada sesiapa yang buat makan-makan nasi minyak ke? Jangan pula tak habaq mai. Mana tau kut-kut berkesempatan pergi kenduri nanti.

Oh ye, sebelum terlupa. Saya minta kerjasama kalian untuk menghantar gambar-gambar simpanan semasa berada di UM untuk kita tontoni bersama. Boleh imbau kembali kenangan-kenangan makan setalam, tidur beralaskan embun, race motor ( badiaq la bawa KAQ, aku boleh bawa motor sambil tengok TV), berair terjun Gabai, main bola dan lain-lain. Seronok bukan?

Sejarah yang kita cipta sekurang-kurangnya merapatkan silaturrahim yang terbina. Andai tidak ada masa silam, mana mungkin akan wujud masa sekarang. Siiru 'ala baraktillah.

Suka Duka Silih Berganti

0 comments

Assalamualaikum..

Perasaan suka sering diselang seli dengan duka.. Kegembiraan psti disulami dengan kesedihan... Peristiwa yang berlaku di sekeliling menjadi ibrah kepada kepada kita..
Mujaddid merakamkan takziah kepada Ramadhan fitri dan Khadijah Ismail di atas kehilangan puteri sulung Nur Fatimah... tidak ada ungkapan yang terbaik mampu dihulurkan kecuali sabar dan solat... ( baca sikidal...) Ujian yang besar ini moga membuatkan kita lebih hampir dengan Allah Taala. Sahabat kami Ramadhan, bersabarlah.. anak itu hiasan dunia.. kita ini juga pinjam-pinjaman. daripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali... Mungkin kebetulan, Ramadhan di rumah lebih mesra dipangil oleh baba dan mamanya dengan nama Muhammad. Berkahwin dengan Khadijah dan dikurniakan cahaya mata dinamai Nur Fatimah. Muhammad s.a.w berkahwin dengan Khadijah Khuwailid dan mempunya anak bernama Fatimah az-zahra. Keluarga Rasulullah diuji dengan kematian Ibrahim dan Abdullah iaitu putera-putera Rasulullah.. Allah lebih mentahui.. Inilah kisah Nur Fatimah..(www.dijahis.blogspot.com)

Takziah juga Mujaddid rakamkan kepada Wahida sekeluarga. sudah kelewatan mendapat berita ini daripada empunya diri. Bulan Julai yang lalu, anak yang dikandung selama 5 bulan telah meninggal di dalam perut.Andai ditakdirkan masih hidup, mereka dikurniakan anak lelaki. Sabarlah dan solatlah sahabat! Ujian yang ditempuh dahulu masih belum terubat lagi. Anak sulung kalian, Musaddaq mempunyai teman di taman indah bersama adiknya. Kami doakan kalian terus tabah dan dilimpahi kurniaan rezeki.

Tahniah kepada Syakirah.. masih dalam pantang selepas bersalin anak ketiga. Lelaki, baby boy. Tahun ini ramai ahli baru Mujaddid.. anak Nawawi, Jalalilah, Asyraf, Huda, Shahrul Zaman, Syakirah, Mazuan dan Mifrah, dan lain-lain. Sesiapa yang ada info tentang berita kelahiran boleh diwar-warkan.. Hadi pun tidak ada aral, dapat anak sulung..

Baiklah ( intonasi pojie), perhambakan diri kita di jalan Allah. Di mana sahaja kita berada, pastikan sumbangan walau setitik cuma untuk agama Allah. Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Kita mempunyai harapan, Allah sahaja yang akan tunaikan. Usaha dan tawakal, itulah resepi kejayaan.

Kelahiran Cahaya Mata : Shahrul Zaman dan Siti Norbayah

0 comments




alhamdulillah.jam 4.12 pg pada khamis 15 okt. Kami dikurniakan seorang anak lelaki seberat 2.96kg di hospital serdang,selangor...

Hari Raya Ahli-ahli Mujaddid 1

0 comments

Raya Kedua : Terima Kunjungan Teman2 UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Selamat Hari Raya, Minnal Aidil Wal Faiizin, di hari raya kedua yg lepas, ku tak lepas menerima kunjungan teman-teman ku sepengajian, Mifrah dan Mazuan bersama 2 anaknya, walaupun baru lepas 45 hari dalam pantang, (planning nak g ziarah Mie, alih2 dia dulu yg dtg ziarah kita), dan dik Nora bersama Faiz, jarang sekali dapat bertemu, Mie dok PD, nora pula duk N9, emmm jauh2 tu... so bila berjumpa begini , seronok rasanya, iyalah tautan ukhuwwah yang dibina masih tetap utuh dan teguh, masing2 punya cerita yang nak dikongsi bersama, cuma mamadidi aka Siti aje yang tak dtg, memang dia bercadang untuk datang bersama, tapi khabaran darinya, dekat Traffic Light Machang , jam yang amat sangat and hujan yang lebat, menyebabkan dia dan suaminya terpaksa berpatah balik,.. tapi kami berjumpa juga di Majlis Perkahwinan Umie Kin, nanti cerita semula ya...
Oklah Jomlah layan gambar2 kat bawah..


3 usrah : mazuan,Syifa(anak mrk), Mie, Nora dan Faiz, Baba dan mamahusna(sarah) & Insyirah:)

Faiz, Nora, Mie,Syifa',Mazuan dan (alamak lupa lg nama anak mie) aasif minni * pic tak lawa sgt :(

Ini dia anggota baru keluarga Mie kita, Tahniah... dua 2 girl :)
Terima Kasih teman ... kerana tidak lupa pada ku... semoga ukhuwwah yang terpahat terus lestari selamanya...

Majlis Perkahwinan Asyiqin

0 comments

Thursday, October 1, 2009

gmbr kawin asyikin abd.halim...


Al-kisah : Ujian kesabaran...

0 comments

Friday, October 02, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah abg dah boleh keluar hospital. Walaubagaimana baik dn selesa fasiliti di hospital, rumah sendiri tetap lebih selesa dn tenteram. Biarlh kesakitan ketika 'dressing' bagai tidak trtanggung, tp hati tetap tenteram berada di rumah.

Kalau kita yg muda ni rasa macam tu, apatah lg org tua. Ketenangan dn ketenteraman tidak dapt ditukar ganti dngn layanan baik para juru rawat, tidak dapat ditukar ganti dengan air cond dan keindahan tatarias rumah anak. Biarlah rumah si tua ibarat gobok buruk yg hampir runtuh. Namun, ketenangan yg terdapat di situ tetap mendamaikn kalbu si insan tua. Maka, fahamilah mereka.

Wednesday, September 30, 2009

Ujian Kesakitan


Setiap manusia mnghadapi ujian dn dugaan hidup masing2 sesuai dngn kmampuan diri. Ujian mnjadi penguat diri, meneguhkn keimanan. Namun tak kurang jg manusia yg diuji tersasar dr jalan kbenaran. Yang pnting, setiap saat dn ketika dalm kehidupn kita mestilah melakukn perkara yg dredhai Allah serta mengharap redhaNya.

Kami diuji dngn ujian kesihatn. Petang td abg masuk bilik bedah buat kali kedua dlm tempoh 3bulan. Dan tugas aku sbagai isteri adalh brada disisi suami. Alhamdulillah aku dkurniakn nikmat kesihatn yg lebih baik brbanding abg. Subhanallah. Besar sungguh kekuasaan Allah. Dia menetpkan jodoh manusia saling melengkapi.

Isteri @ suami yg sihat dpt mnjaga isteri @ suami yg sakit. Suami @ isteri yg sakit memberi keinsafan kepada suaminya @ isterinya yg sihat.

Maha suci Allah yg menjadikn sgala sesuatu di dunia ini utk manusia brfikir dn mengambil iktibar drpdnya.

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Asyraf dan Yusni

0 comments




salam ikhwah sekelian,
umairah muhammad ashraf dilahirkan pada 2 syawal lalu jam 626 ptg
doakan dia sentiasa mendapat rahmat dan keredhoan allah
salam 'aidil fitri maaf zahir dan batin
daripada : Asyraf

Selamat Aidulfitri 1430

0 comments

Assalamualaikum..

taqabalallahu minna wa minkum,taqabal ya kharim,
kullu amin wa antum bi khair,
minal aidin wal faidzien,
mohon maaf zahir batin,
selamat hari raya 1 syawal 1430

Daripada kami Warga Mujaddid

[Gagasan Mujaddid] Selamat Hari Raya & Jemputan 'Khas' adik-beradik Mujaddid ke Majlis Kesyukuran

0 comments



Assalamu'alaykum warahmatullah,

Moga sahabat-sahabat, adik-beradik Mujaddid berada dalam keadaan sihat wal'afiat semua, di dalam bulan yang penuh rahmat ni.

Firstly, ana nak minta maaf, ana balik Malaysia sekejap senyap2. Harap tak de yang kecik hati, ya? Balik sekejap untuk collect data. Tu tak berani nak heboh2, takut kerja tak jalan (ni pun dah agak slow sikit kerja2 study, huhuhu...).

Secondly, ana nak ucapkan Selamat Berpusa dan Selamat Menyambut Eidulfitri (maaflah terawal seminggu ucap selanat hari Taya). Moga ibadah kita di bulan Ramadhan ni diterimaNya dan bersama-sama kita dapat mencari keberkatan malam Qadar (aisey, sorry yer, ayat jadi skema sikit)

Thirdly, jemputan istimewa, khusus untuk adik-beradik Mujaddid. Ana dengan berbesar hati nak menjemput semua adik-beradik Mujaddid, especially yang ada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah, Perak Lembah Kelang juga, (kalu boleh datang ke Kota Bharu) ke majlis kesyukuran sempena perkhaiwnan ana dengan pasangan nanti, pada 23 September 2009, Rabu bersamaan 4 Syawal 1430. Memang semua adik-beradik dijemput datang, so jangan segan2...

Ana berhajat nak hantar kad jemputan untuk semua adik-beradik Mujaddid, tapi ana tak de alamat semua yang terkini. Mungkin Ustaz Zaman boleh forwardkan pada ana ke, alamat adik-beradik Mujaddid yang terbaru, kau ada dalam simpanan.

Yang mana ada dan akan balik ke Kelate, macam K.Long Zaimah, Aisyah Yusuf, Hanifah, Maesarazh, Mama Khadijah Abd Latif, Thuwaibah, Miffrah, Khuzaimah, Ustaz Naelan, Ustaz Hafiz Amri, dll (ramai sangat nak sebut kat sini, mudah cerita, yang anak2 Kelate), harap boleh forwardkan or reply kat sini non contact masing2. Insha-Allah, kalu berkesempatan, ana cuba contact secara personal n hantar kad jemputan juga.

Apapun, doakanlah moga majlis nanti berjalan dengan lancar n jodoh kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Ana ni kira ketinggalan jauh dah ni,banding dengan sahabat2 semua..So, nak kena menuntut ilmu rumah tangga dengan yang dah berpengalaman ni, ;D


Moga urusan kita senantiasa dipermudahkanNya, dan tetap teguh di atas jalanNya dengan kemanisan iman, insha-Allah..


Asyiqin Ab Halim & Muhammad Rusdi bin Ismail.


Ahlan Ya Ramadhan

0 comments




Mujaddid mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli Mujaddid. semoga Ramadhan kali ini membuahkan seribu makna dalam kehidupan beribadah kita. Maaf dihulurkan, sayang dititipkan. Semoga ukhuwwah terus utuh terbina di atas dasar ketaqwaan dan keimanan.

Pertemuan Yang Tidak Dijangka; Masyitah Ismail

0 comments



Pertemuan yang tidak dirancang. Perjumpaan yang tidak disangka-sangka. Saya sekeluarga bertemu dengan Masyitah Ismail bersama-sama suami, adik dan anak beliau di Restoran Sate Kajang Hj Samuri Bandar Baru Bangi pada hari Selasa baru-baru ini. Masyitah baru sahaja tiba daripada Sabah bersama anaknya Fadzlan. Rupa-rupanya suami Masyitah sambung belajar Ijazah Sarjana Muda Syariah di UKM dan baru lepas konvokesyen semalam. Selama ini mereka suami isteri adalah pasangan PJJ. Suami Masyitah bernama Mohd Hafiz. Macam pernah jumpa tapi puas fikir tidak ingat di mana pernah jumpa. Apa-apa pun tahniah buat Hafiz dan selamat bercuti buat mereka.

Catatan Seminggu Blog Ahli Mujaddid

0 comments

http://abushifa.blogspot.com/

Wajah-wajah Akhir Ustaz Asri Ibrahim


http://hannanfarhana.blogspot.com/

Sunday, August 16, 2009

PESANTREN CINTA RASULULLAH: NIKMAT BERIBADAH BERSAMA ISTERI

Perkara yang sukar kita lakukan adalah beribadah dengan pasangan masing-masing. Kenikmatan ibadah bersama-sama sukar dicari kerana kita tidak cuba memaknainya.
Dilihatlah kisah Rasulullah SAW bersama isterinya.

Suasana rumah Rasulullah SAW diibarat pesantren dimana aplikasi ilmu dan amal menyelubunginya. Cinta agung kepada setiap terpupuk melalui ibadah bersama ahli keluarga terutamanya dengan isteri tercinta. Kita sewajarnya menuruti cara Rasulullah SAW dalam mengerat hubungan 2 cinta. Cinta kepada Allah dan Cinta kepada isteri.



http://ilhamimtiyaz.blogspot.com/

Saturday, August 15, 2009

Sekolah baba pula tutup...



Esok, semua murid2 sekolah baba dapat cuti...cuma guru2 aja kena mai sekolah...banyak yang demam, batuk, selsema...pej.kesihatan datang dan cek murid2...


http://politikbaru.blogspot.com/

Saturday, August 15, 2009

Bank tak boleh paksa wasiat pelanggan

Bank tak boleh paksa wasiat pelanggan

BARU-BARU ini, saya memohon pinjaman peribadi di sebuah bank di Kuala Lumpur. Selepas seminggu pihak bank menghubungi saya dan memaklumkan yang saya boleh datang menandatangani semua dokumen perjanjian kerana permohonan diluluskan.Ketika proses menandatangani dokumen, pegawai bank menghulurkan saya dokumen wasiat yang siap tercetak yang katanya wajib saya tandatangani.
Oleh kerana saya berkelulusan perundangan dan mempunyai pengetahuan mengenai wasiat, saya bertanya kepada pegawai bank berkenaan, 'Apa fungsi dokumen wasiat ini?' Jawapan yang diberikan amat mengecewakan.Pegawai itu langsung tidak tahu apa fungsi dokumen itu malah jawapannya sangat mudah iaitu sebagai pelanggan saya wajib menandatangani dokumen wasiat itu kerana ditetapkan bank.

http://siti-muthiah.blogspot.com/

Cameron Highland

Serius serius...
Yang ini ceria ;)



Geng Langkawi

0 comments

7-8 Ogos ada pertemuan Mujaddid versi Langkawi. Kebetulan saya cuti-cuti Malaysia di sana. Ini di bilik 513 Hotel Helang. Pertemuan pertama setelah beberapa tahun tidak bersua muka. Jelas ada perbezaan pada semua. Rokhaimi, isteri dan anaknya rabiatul adawiyah. Zulkifli, isteri dan anaknya amal imtiyaz. Saya, isteri dan anak Nur Amiratushifa'.

Zul kesudian untuk menjadi pemandu pelancong pada hari Sabtu. Destinasinya ialah Laman Padi, Pantai Chenang, Pekan Kuah, Makam Mahsuri. Zul di hadapan Laman Padi bersama Shifa' dan Aiman anak sedara Ein ( kanak-kanak yang amat disenangi Shifa'). Motor tidak ada kaitan dengan kami.Kelihatan Zul tidur keletihan. Ini semasa di Makam Mahsuri. Sorry la Zul!! katanya dia selalu cari port tidur kalau bawa anak murid dia pergi lawatan. Hihihihi.

Saya Rokhaimi. Seorang guru J-Qaf di Langkawi. Walaupun orang memanggil saya The Rokh, tetapi saya bukanlah adik kepada The Rock.. Possing Rokh di Langkawi Geo Park semasa menghantar kami yang nak naik kereta kabel. Tak taule rokh sengaja possing macam ini atau saya yang candid snap.

Makin jelas!! Jelas perbezaan!! Cover sikit perut!! Teguran petama Rokh padaku semasa pertemuan di lobby hotel malam sebelumnya ialah " hang cam tak makan je, berkembanglah sikit". Inilah gaya mutu keunggulan.

Terima kasih Rokhaimi dan Zulkifli.

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Mazuan dan Mifrah

0 comments



Assalamualaikum. ..
doaku buat sahabat-sahabat semoga kalian sentiasa dinaungi rahmat dan inayah Allah
sekadar ingin memaklumkan bahawa... zaujah ana telah selamat melahirkan cahaya mata kedua kami, baby girl pada 29 julai yang lalu di hospital PD.bersalin nomal, baby seberat 2.77kg. kini baby tersebut telah genap 8 hari dan diberi nama Amani Aliah..semoga ia dapat membesar dengan sihat dan sejahtera... amiin.
"Musafir Lalu"

Mazuan Ahmad

Penting! Panduan dan Peta Laluan Himpunan Mansuhkan ISA

0 comments

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. 13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.

Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal. 2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:

Ummahcare

0 comments

salam,
sempena ramadhan al-kareem yang bakal menjelang ini, kami di Tabarruk Budi dengan kerjasama beberapa NGO, persatuan mahasiswa islam dan badan dakwah dan kerohanian di utara dan tengah semenanjung ingin menganjurkan kempen "Suapan Pertama Amalan Ke Syurga".
Kempen ini dijalankan dengan mengumpul sumbangan badan koperat, NGO dan orang ramai dalam bentuk wang ringgit dan barangan makanan untuk diedarkan kepada faqir miskin, anak yatim, warga emas, oku, para pelajar ma'had tahfiz, sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok pengajian.
Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah:
  1. sumbangan bahan makanan asas kepada keluarga faqir miskin, ibu tunggal dan anak yatim serta warga emas dan oku untuk kegunaan sahur dan iftar.
  2. Jamuan Iftar dan Sahur untuk pelajar-pelajar ma'had tahfiz, sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok pengajian.
  3. dan edaran kurma "tayyiba" kepada orang ramai selepas solat jumaat dalam bulan ramadhan
Justeru bersamalah kita mengoptimumkan masa keberkatan yang bakal menjelang ini dengan amalan yang membantu kita di hari ini dan hari kemudian.
Untuk maklumat lanjut boleh layari ummahcare.blogspot. com atau saudagarkurma. blogspot. com
Salam Ramadhan yg bakal menjelma
' if you want to pray to the Lord for better means of substances then give something in charity'
"do not be ashamed if the amount of charity is small, because to return the needy empty handed is an act of greater shame"

Aktiviti Mujaddid (Respon2)

0 comments

Syeikh shahrul,
response sekali shahrul punya email.

Mungkin mujaddid boleh fokus kepada aktiviti amal macam ni (ummahcare). selain perjumpaan yang biasa dilakukan. Baik juga kalau terus attach dengan badan2 macam ni. Mungkin ramai yang berminat. Aktiviti amal macam ni memang seronok. Mungkin mujaddid boleh organise kutipan dana dsbg. Pengalaman ana buat charity event kat sini memang seronok. sekali kayuh jer boleh dapat £3000 x 6 (RM18K).

Buat la perjumpaan sesimple mana pun, kat kedai kopi pun takde hal. nanti keluar la idea yang macam2, ataupun pakat2 ziarah rumah tuan pengerusi Mujaddid ni, hujung minggu ni jom. tak perlu tunggu ramadhan :).

Facebook boleh buat akaun untuk Mujaddid ka?

ok, semoga Mujaddid boleh sukses.

wassalam

Mohd Fauzi Bin Abu-Hussin

Aktiviti Mujaddid ( Respon 1)

0 comments


Salam ukhwah buat sahabat-sahabat yang Adik kasihi fillah, insya-Allah. Afwan ya, terlewat respon. Sabtu baru-baru ini, ada lawatan sambil belajar bersama PERWAKAS. Ahad pula, sangat sibuk… ada tetamu dan membeli-belah keperluan dapur…

1- Cadangan aktiviti terdekat (Ramadhan)… boleh jadi :

a) Iftar bersama
Sekiranya ada yang mahu sponsor, lagi baik. Jika tidak, bagi yang mahu turut serta, bolehlah beri sumbangan sedikit dan boleh juga membawa juadah dari rumah (ala-ala bertukar-tukar juadah gitu). Selain itu, boleh juga dibuat mengikut negeri.

b) Halaqah, majlis ilmu dan lain-lain

c) Hand out / risalah Ramadhan – boleh diedarkan melalui emel/ diletakkan di dalam blog utama mujaddid secara mingguan sehingga Syawal menjelma tiba… Di hari raya…

d) Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur (tempat lain pun boleh, tetapi perlu berbincang secara terperinci dahulu)… bolehlah qiam bersama. Waktu Muthiah berada di Kuala Lumpur dahulu, Masjid As-Syakirin KLCC selalu mengadakan iftar, majlis tarawih, qiam dan bersahur (makanan disediakan). Hmmm… Muthiah lupa bermula pada Ramdahan yang keberapa, boleh semak balik ya. Sebagai tambahan, Masjid Jamek, Masjid India dan Masjid Kampung Baru ada mengadakan iftar jamaie tetapi dahulu… kalau Masjid India… iftar disediakan untuk Muslimin sahaja.

e) Semakan (check list) mutabaah ibadah – boleh dibuat secara individu, dengan suami/ isteri atau secara berjemaah. Kita sama-sama tetapkan apa yang hendak dibuat. Contohnya, tadarus dan banyak lagi. Bagi yang telah berumahtangga, bolehlah dilakukan sesama suami isteri… sama-sama mendekatkan diri kepada Allah, insya-Allah.

2- Program terdekat :

a) Boleh juga buat gathering. Sangat sesuai… Kalau agak payah, boleh dibuat mengikut negeri (tetapi sebaiknya, buat sekaligus… masa setiap kita terhad bukan?) dan perlu ada ketua yang bertanggungjawab ke atas setiap negeri. Bagi setiap ketua, ia bertanggungjawab terhadap ahli-ahli di bawahnya. Selain itu, ia juga berperanan untuk berhubung secara langsung dengan ketua-ketua lain di setiap negeri (seandainya mahu buat peringkat kebangsaan). Akan tetapi, perlu dilihat kembali dari sudut kos, pengangkutan dan perhubungan. Al-maklum, hendak menjadi ketua, bukan mudah. Besar amanah dan tanggungjawabnya. Kesabaran juga perlu tinggi (terutama apabila ada yang tidak komited dan sambil lewa). Dush dush…Selain itu, perlu juga buat perbincangan lebih lanjut dari segi : tempat, masa, penceramah, modul dan lain-lain.

b) Program jaulah di kalangan ahli – ziarah mesra. Mungkin dibuat setahun sekali… sebulan sekali… Di sini, banyak guna kos jadi sebaiknya, boleh jaulah dalam negeri. Contohnya, yang tinggal di Taiping… ziarahlah adik-beradik yang tinggal kawasan ini juga (atau yang berhampiran dengannya).

c) Dinner – hmmmm… kekangan utama mungkin dari sudut kos, masa dan komitmen lain. Jadi, perlu dibincang lanjut. Hmmm… bilamana kita tidak dapat mengumpulkan semua… walau hanya beberapa kerat, insya-Allah, perjumpaan itu adalah rahmat daripada Allah.

d) Buat umrah sama-sama. Huhu… (mungkin program terdekat dalam tempoh 20 tahun ini).

3- Ekonomi…

a) Galakan ahli untuk berinfaq. Waktu program-program di atas dibuat contohnya, boleh buat kutipan infaq.

b) Bagi ahli Mujaddid yang menjadi surirumah dan berminat untuk menjalankan perniagaan, bolehlah berbincang lanjut untuk membuat bisnes (tentang modal, apa yang hendak dijual, pro-kontra dan sebagainya). Ahli-ahli boleh menyumbangkan modal dan keuntungan bolehlah dibahagi kepada tiga; 1- dimasukkan ke dalam akaun Mujaddid, 2- diberikan kepada penyumbang modal, 3- komisen kepada mereka yang mahu menguruskan bisnes tersebut. Contohnya, menjadi agen HPA. Lagi, bla bla bla…

c) Buat jualan amal (garage sale). Jika ada ahli yang mahu menjual barang-barang second hand, boleh dijual – anjuran Mujaddid. Kekangan? Masa dan orang yang hendak in-charge.

d) Terbit buku / majalah… Hahaha…. Untuk terbit buku, perlu ada editor dan penyumbang. Boleh jadi penyumbang ini terdiri daripada ahli-ahli Mujaddid sendiri. Ada yang selia ruangan A dan setiap orang (yang telah dipertanggungjawabkan) perlu menjaga kolum masing-masing. Modal?? Sebenarnya, pernah terbaca… ada pihak yang boleh membantu tetapi lupa, siapakah itu… huhuhu…

e) Setiap kita atau kawan-kawan kita, mesti mahu dapatkan kereta bukan? Boleh lantik jawatankuasa dalam hal ini. Jadi, mana-mana ahli/ kawan yang mahu beli kereta, boleh minta jawatankuasa yang dilantik uruskan. Kemudian, dia yang akan bertanggungjawab menjadi orang tengah dengan pihak jualan kenderaan. Biasanya, dapat ‘habuan’ juga… Dahulu, papa Adik ada buat macam itu. Apabila kenderaan berjaya dijual, orang yang memberi cadangan akan dapat dalam RM200 atau RM300 atau RM400 dan lain-lain.

f) Menganjurkan pembelian secara pukal (daripada pembuat atau kilang). Contohnya, Adik kenal pekilang (Vantage) dan kita semua/ atau orang yang duduk dekat dengan kita hendak beli pinggan-mangkuk. Jadi, Adik berurusan dengan pekilang tersebut, lebih kurang… “Kalau saya beli banyak, berapa dapat komisen?” – bulk order. Kemudian, kalau Adik dapat komisen 30%, kita jual pada ahli pada diskaun 10% dan 20% dimasukkan ke dalam akaun Mujaddid (tolak juga kos pengangkutan dan perhubungan.. hehe). Selain itu, boleh juga buat jual/ beli kurma.

g) Program kitar semula… macam mana ya? Contohnya, sewaktu hari keluarga. Ahli-ahli sumbangkan surat khabar lama/ besi buruk dan lain-lain kepada pihak penganjur Mujaddid. Kemudian, barang-barang tersebut bolehlah dijual dan hasilnya, dimasukkan ke dalam akaun Mujaddid.

h) Projek penanaman. Adoi adoi. Hahaha… Namun, untuk jangka panjang, mungkin berbaloi dan mereka yang terlibat adalah mereka yang betul-betul komited.

i) Beli rumah dan sewakan pada orang. Huhuhu… modal?..tidak apa… optimis.

j) Masuk saham. Modal lagi kan??? Tidak apa ya…cadangan sahaja tetapi kalau difikirkan baik, bolehlah. Beli 1-2 lot dahulu(1 lot bersamaan 1,000 unit). Bilamana untung, jual dan pusing modal di sana. Tetapi, pastikan melabur dalam bursa yang sahih kehalalannya.

k) Melabur dalam RadixFC. Modal lebih kurang RM1juta (perlu ada dalam akaun). Modal-modal tersebut boleh diperoleh daripada aktiviti janaan ekonomi sebelum ini. Huhuhu…

l) Buat insuran… buat arrangement dengan mana-mana agen insuran, kalu boleh yang ahli mujaddid, kemudian, kalu mana-mana ahli mujaddid masuk insuran agen tersebut melalui mujaadi, makanya agen tersebut sharelah komisyen yang diperolehi dengan gagasan mujaddid. (P/s: kalau untuk agen MAA takaful muthiah buleh atur hehehehe)

4- Untuk blog Mujaddid…

a) Hehe… sumbangkan artikel. Adoi… dush dush atau pihak yang ada ‘kuasa’ bolehlah minta ahli-jasa baik ahli-ahli untuk menyumbang secara konsisten. Contohnya, ada 10 orang yang boleh memberi komitmen. Jadi, daripada 10 orang tersebut, bahagikan kepada 30 hari (atau kurang daripada itu). Kemudian, hantarkan bahan kepada pihak admin blog Mujaddid. Tajuk artikel boleh jadi bebas atau diberikan oleh pihak syura Mujaddid. Apa pun, boleh bincang lagi.

b) Apapun… kemaskini artikel dalam blog penting untuk menarik minat orang mengunjunginya.

c) Ahli disarankan memberitahu peristiwa utama kepada admin Mujaddid. Contohnya ada majlis ka…

5- Kebajikan untuk ahli :

a) Pertama sekali, pangkalan data Mujaddid amat penting untuk kita tahu tentang ahli-ahli. Kenapa? Kembali, kepada konsep usrah itu sendiri iaitu TAARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL (kebajikan). Kenapa perlu taaruf. Sebab, untuk mencapai objektif menjaga kebajikan… kita perlu tahu kepada siapa kita hendak menjaga kebajikan? Kebajikan orang yang sudah berkahwin, tidak sama kebajikannya dengan mereka yang belum berumahtangga; ada anak/ tiada anak… pelajar/ sudah bekerja/ belum bekerja dan lain-lain. Kemudian, sudah tahu perkara tersebut… kita akan dapat memahami kondisi mereka sekaligus menjaga kebjikan mereka.

b) Sewaktu kelahiran, musibah, perkahwinan dan lain-lain. Boleh infaq kepada mereka.

6- Cara menghubungi ahli :

a) Pertama, perkemas dahulu pangkalan data. Dari pangkalan data, kita boleh mengenalpasti kedudukan ahli (bagi yang mengemaskini data). Seterusnya, buat rantaian.

b) Setiap negeri, perlu ada ketua. Sekurang-kurangnya, tahu siapa yang berada di bawahnya. Kekangan utama, komitmen daripada ahli sendiri, mungkin. Kekangan kedua, kos bagi yang menguruskan.

*** Kekangan ***

1- Tenaga penggerak - Terbahagi kepada tiga; 1- Yang komited, 2- Yang sekejap ada dan sekejap tidak ada, 3- Yang tidak ada langsung. Bagi yang sekejap ada dan sekejap tidak ada/ tidak ada langsung… hmmm…mungkin ada kekangan lain pada diri empunya diri yang mungkin hanya mereka yang tahu (masalah masa/ komitmen dengan perkara lain contohnya/ wang dan lain-lain). Insya-Allah, bersangka baik… Adik-beradik mahu tetapi mungkin tidak mampu… huhu..

2- Masa – Ahli Mujaddid terdiri daripada; 1-Sudah bekerja (dan ada komitmen dengan kerja), 2- Sudah berkeluarga, 3- Tinggal jauh daripada orang lain (contohnya di Sabah/ Sarawak…payah juga hendak berjumpa bukan? Kos lagi…)

3- Kewangan – kadang-kadang, kita tidak tahu apa masalah rakan-rakan kita. Contohnya, hendak turut serta gathering, tetapi tidak mampu. Kemudian, berdiam diri. Sebab itu, rukun usrah itu sendiri amat penting untuk kita hadamkan. Bagi yang tidak bekerja, ada masalah lain pula… begitu juga yang masih belajar. Prioriti duit perlu diletakkan kepada keperluan pembelajaran.

Huhu… mahukan cadangan sahaja bukan? Adik sekadar brainstorming…boleh jadi praktikal dan boleh jadi tidak. Yang baik, bolehlah buat perbincangan lanjut dan yang tidak elok/ sesuai…simpanlah dahulu… Mana tahu kan berguna di kemudian hari?
Baiklah ya. Setakat ini dahulu. Afwan salah silap.
Ilal liqa’
Adik (Nurliza)

Aktiviti Mujaddid

0 comments

Assalamualaikum..

Saya ingin membuka perbincangan dan mengharapkan kalian memberi respon. Sila respon ke email mujaddid2008@gmail.com.

1) Fikirkan aktiviti terdekat Mujaddid dalam bulan Ramadhan ini? Mungkin iftar jamaie, usrah dan lain-lain.

2) Fikirkan program besar untuk tahun ini? Mungkin mini gathering, khidmat masyarakat dsb.

3) Fikirkan ekonomi yang mahu dijanakan?

4) Fikirkan sumbangan untuk memeriahkan http://gagasanmujaddid.blogspot.com

5) Fikirkan kebajikan untuk ahli mujaddid?

6) Fikirkan juga menghubungi rakan-rakan ahli mujaddid yang lain dan maklumkan tentang blog ini.

Saya tahu kalian begitu sibuk. Saya juga tahu kalian tidak ada masa untuk ber'tumas' dengan mujaddid. Cuma apa yang saya harapkan secangkir harapan dan setitis sumbangan untuk Mujaddid. Adios..

Kembali Terjalin; Tahniah Liza Nasir

0 comments

Oleh : Nurliza Nasir

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengingatkan aku kepada kenangan semalam. Mana mungkin aku melupakan ‘cerita’ itu sedang aku adalah pelakon utamanya. Umpama Mahsuri … bak Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang difitnah dihina.

Namun, aku insan biasa yang tidak punya apa-apa. Mahsuri dibuktikan tidak berdosa dek darah putih yang mengalir. Humairah, kekasih hati Rasulullah apatah lagi. Disucikan dirinya dengan firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagimu bahkan baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran bohong itu, baginya azab yang besar,’ (An-Nur ayat 11).

Baca seterusnya di sini..

Cara Masukkan Blog List (Cetusan Ahli); kepada Liza

0 comments

Salam,,,

Mula-mula buka akaun blog.
klik pada layout.
klik Add a widget.
klik pada blog list.
selepas itu, klik pada add to list.
copy mana url blog yang disukai..
pastekan pada add by url kemudian klik add.

itu sahaja...

Berita Dari Kampus

0 comments

'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 09
10:33am
kemaskini 11.27pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

rosmah mansor and universiti malayaDua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.


Baca seterusnya


Tiga lagi siswa UM dicari polis

kemakini 11.36pm Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini.

Selain menceroboh dewan utama Akademi Pengajian Islam awal pagi 24 Jun lalu, siasatan juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Baca lagi

Siswa UM bebas, disambut keluarga
Abdul Rahim Sabri
Jul 1, 09
11:01am
kemaskini 2.20am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.

Exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu Malaysiakini, kedua-duanya dibebaskan di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 12 tengah hari dengan ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.

Beliau difahamkan, kedua-dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu "mendapat layanan yang baik" sewaktu dalam tahanan polis sejak Rabu lalu.

Lagi...

Siswa UM bertindak jika dipecat
Abdul Rahim Sabri
Jul 1, 09
12:39pm
kemaskini 2.58pm Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

Dan lagi...

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Zaimah

0 comments


Maaf agak terlewat postkan entry ini... Tahniah kepada Zaimah dan suami mendapat cahaya mata ketiga 25 mei yang lalu. Cerita lanjut baca di sini.

Kelahiran Cahaya Mata;Tahniah Nazri Mustapha

0 comments


Mesej daripada YM Nazri Bah:

alhamdulillah,baby girl ktorg lahir pada 05/06/09 jam 2.57am di hospital labuan
usinpacah_82:

Nama anak Nazri :'Aleyah Najlaa binti Mohd Nazri

Tahniah Nazri daripada warga Mujaddid

Jangan Abaikan Pengambilan Sarapan Pagi

0 comments

Oleh : Naziroh Romli

Kajian menunjukkan 30 peratus murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi dengan alasan utamanya kesuntukan masa dan kurang selera makan pada waktu pagi.

Mereka yang tidak bersarapan akan berasa lemah dan tidak bermaya terutama sekali menjelang lewat pagi. Ini disebabkan kadar kandungan gula dalam darah menjadi terlalu rendah sehingga ia menjejas fungsi otak.

Jika ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kebolehan kanak-kanak untuk menumpukan pada pelajaran dengan berkesan.

Setelah melalui malam yang panjang, kanak-kanak mahupun orang dewasa memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin harian mereka. Jadi, sarapan pagi sememangnya tidak boleh diabaikan kerana ia menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan tenaga bagi memulakan hari.

Menurut Pakar Runding Dietetik, Mary Easaw-John, sarapan pagi merupakan hidangan yang tidak boleh diabai oleh kanak-kanak kerana dengan bersarapan, mereka akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berseronok dengan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.

‘‘Sakit kepala dan perut, mengantuk serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran adalah berpunca daripada tabiat tidak mengambil sarapan pada awal pagi.

“Kanak-kanak juga selalu mengadu mereka tidak ada selera dan masa untuk bersarapan pagi. Sebenarnya, dengan pengurusan masa yang baik serta makanan yang ringkas, berkhasiat dan sedap dapat mengatasi masalah tersebut.

Perkara yang terbaik ialah:

‘‘Rancanglah dengan lebih awal pada malam sebelumnya seperti bantu anak-anak mengemaskan beg dan menyiapkan beg sekolah mereka supaya tidak terkejar-kejar pada waktu pagi.

“Dengan cara ini pasti ibu bapa akan mempunyai banyak masa untuk bersarapan dengan anak-anak. Inilah salah satu panduan praktikal kepada ibu bapa yang mahukan permulaan terbaik untuk anak-anak mereka pada setiap hari,’’ jelas Mary.

Katanya, ibu bapa juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan sarapan pagi bagi anak sekiranya tahu apa yang mereka inginkan.

Sebagai contoh, secawan air Milo dengan roti merupakan salah satu sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah.

‘‘Mereka juga boleh menyediakan menu sarapan pagi untuk seminggu dengan bertanya kepada anak sebelum mereka masuk tidur. Secara tidak langsung ini dapat menjimatkan masa dan mengawal corak pemakanan mereka sewaktu sarapan pagi,’’ ujarnya.

Pelbagaikan menu sarapan dari semasa ke semasa kerana ia boleh membantu untuk membina kemahiran pemakanan yang bijak dan penyediaan hidangan yang sihat.

Dengan menyediakan sarapan pagi yang menyeronokkan boleh meningkatkan selera anak untuk bersarapan.

‘‘Libatkan anak-anak semasa menyediakan sarapan pagi seperti membenarkan mereka memilih menu kegemaran atau menyediakan meja dan dengan pinggan dan cawan kegemaran mereka,” katanya.

Beliau juga berpendapat, cara yang paling baik untuk mendidik anak-anak ialah dengan memberi contoh yang baik. Ini bermakna, ibu bapa juga perlu bersarapan pagi, jika mahu anak-anak berbuat perkara yang sama.

Menurut Mary, badan yang sihat memerlukan pemakanan yang sempurna. Untuk badan kanak-kanak membesar secara sihat, ibu bapa mesti menyediakan anak-anak dengan pemakanan seimbang yang betul dan cukup protein, lemak asas, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Kadang-kadang kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran kerana warna dan rasanya yang pahit. Jadi, untuk menggalakkan mereka makan sarapan pagi yang berkhasiat, ambil hidangan yang sama bersamanya. Ini kerana, apabila mereka melihat ibu bapa menikmati hidangan tersebut, mereka akan lebih teruja untuk mencubanya.

Aktif

‘‘Kita mesti ingat bahawa sarapan yang enak perlu mengandungi makanan yang disukai oleh anak,’’ kata Mary yang berkongsi tip-tip tersebut di majlis pelancaran risalah Milo Memupuk Juara anjuran Nestle Malaysia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Risalah tersebut diterbitkan khusus untuk mendidik ibu bapa mengenai bagaimana untuk memberi permulaan seorang juara kepada anak-anak mereka melalui makanan berkhasiat dan gaya hidup yang aktif.

Sementara itu, Pengurus Jenama Kumpulan Milo Nestle Malaysia, Julie Tan, risalah percuma itu merupakan satu inisiatif sempena kempen A Champion Start oleh Nestle Milo.

Ia akan diedarkan melalui cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara, di majlis-majlis dan dihantar kepada ibu bapa terpilih yang terdapat dalam pangkalan data syarikat.

‘‘Selain memberi panduan yang praktikal, risalah tersebut mengenal pasti tiga perkara utama seperti fizikal, mental dan emosi. Ia adalah sebagai elemen terpenting bagi permulaan terbaik untuk kanak-kanak. Permulaan fizikal merangkumi pemakanan berkhasiat dan senaman,’’ kata Julie.

Di samping itu, ia juga menyentuh mengenai permulaan mental yang baik melalui pemakanan berkhasiat serta mengenal pasti potensi anak-anak.

Ibu bapa boleh juga mengetahui mengenai aspek emosi seperti hubungan emosi antara ibu bapa dan anak-anak mereka serta membentuk tabiat yang baik.

Mengapa Madu dan Kurma

  • Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
  • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

Buah kurma pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

Mengapa?
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.

Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.

Bagaimana

Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.

Khasiat Madu Lebah Asli

  1. Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  2. Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  3. Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  4. Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  5. Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  6. Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.