Search

Takziah Hadi

Petang tadi Hadi telefon bertanya khabar. Sudah lama tidak berhubung dan bersua. Ada rezeki insya Allah kami akan berjumpa.

Ada cerita sedih dibawa. Isterinya baru sahaja selesai pembedahan ketumbuhan dalam ovari. Sebelum ni, beritahu Hadi, rahim isterinya senget kerana ketumubuhan itu beratnya 1 kg. Sekarang bercuti selama 2 bulan. Itupun setelah isterinya mengalami keguguran kandungan yang berusia 1 bulan lebih. Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada Hadi dan isteri. Semoga terus tabah dan cekal hati.

0 comments: