Oleh : Nur Wahida ahmad Ludin
salam buat semua sahabat yang mendoakan kekuatan ana pada saat-saat ini......
14 /4/09 jan 9.40 pagi
pada jam 7.20 pagi seperti biasa saya menghantar musoddiq ke rumah pengasuh dalam keadaan yang sihat walafiat..9. 40 pagi saya menerima panggilan daripada jiran pengasuh yang mengatakan arwah musoddiq muntah2 dengan kaki yang dua kerat ini digagahi juga memandu kereta ke rumah pengasuh yang tidak jauh dari sekolah..sesampainy a di rumah pengasuh dia membawa musoddiq terus ke dalam kereta dalam keadaan yang lemah tidak bermaya..ana terus memandu sambil pengasuh memangku musoddiq menuju ke klinik yang terdekat...do, ktor memberi bantuan oksigen..masa tu dokt bgtau tak ada respon...dalam hati ini berdoa Ya Allah andai ini ujian hebat buatku aku terima ya Allah...Doktor meminta kami segera ke hospital Kepala Batas...sekali lagi saya memandu kereta bersama pengasuh ke Hospital Kepala Batas.dalam hati ini Allah sahaja yang tahu...Sesampai di Hospital Kepala Batas jam 9.50 pagi doktor berusaha sedaya upaya memberi bantuan...pada masa itu hati kecil ini telah redho andai berlaku sesuatu..pada saat itu pengasuh menceritakan pada pagi tu mcam biasa musoddiq berak dan mandi dan terus tidur tanpa sempat menjamah bekalan roti yang saya sediakan.tengah tidur tiba2 dia menangis dan muntah hijau banyak sekali dan terus biru dan tarik..pengasuh sempat memasukkan jarinya ke dalam mulut musoddiq sebab takut terkancing gigi....
10.30 pagi
Doktor memanggil saya dan suami masuk ke biliknya..doktor memberitahu bahawa semasa musoddiq sampai ke hospital tadi sebenarnya dia tiada lagi denyutan nadi dan jantung dan tiada lagi respon kaki dan tangan.Doktor telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan arwah...namun Allah lebih menyayanginya. ...terkedu seketika saya dan suami...rasa kosong...YaAllah dalam sekelip mata Musoddiq di jemput ilahi...rasa dunia ini gelap...saya gagahi juga kaki ini melangkah masuk ke bilik rawatan kecemasan... .Sekujur tubuh anak kecil seperti tengah tidur sedang terbujur kaku...YaAllah. ..Kenapa seberat ini Kau mengujiku... .Tanpa dapat mengawal perasaan seorang ibu terkeluar juga dari mulut...Musoddiq kenapa cepat sangat tinggalkan ummi...Suami menjadi penguat semangat..Allah lebih sayangkan dia...Bila ada sedikit kekuatan baru lah saya menghubungi keluarga terdekat.... sementara menanti mak dan ayah mentua datang untuk membawa balik jenazah ramai kawan2 datang memberi semangat.... .
terima kasih kepada sahabat2 yang datang menziarah dan menghubungi saya memberi kata2 semangat dan peransang..sesunggu hnya Harta yang paling kita sayang itu milik Allah..segala- galanya hanya pinjaman daripadaNya. ....Musoddiq dalam Kenangan
2 comments:
Salam.. sekadar memberi pandangan. Takziah utk kak wahida. ana Faizah, Mujahid,masih belajar dalam perubatan,tahun akhir. Biarpun tak pernah kenal tp tetap terkesan di hati dan merasai kesedihan.Mungkin inilah ikatan saudara seislam.. Apa yg berlaku pada arwah ialah kemungkinan, 1) biru yg dialami disebabkn oleh muntah telah termasuk dalam ruang pernafasan dan menyebabakn tidak dapat bernafas. 2) tarik yang dialami disebabkn kurangnya oksigen ke otak disebabkn arwah tidak dapat bernafas.. apapun sebab muntah tidak dapat dikenalpasti.. Segalanya hanyalah sebab musabab untuk disandarkn ttp ia adalah dari Allah.. Kuatkan semangat yer kak.
Salam. wahidah. akak ni dr ukp. Akak juga merasa tempiasnya perasaan sedih tu sbb akak pun ada anak sebaya wahidah. Allah menguji kita dgn kekuatan yg kita ada.. moga wahidah dan suami sentiasa tabah.. salam sayang akak utk wahidah sekeluarga..
Post a Comment