Oleh : Nurliza Nasir
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengingatkan aku kepada kenangan semalam. Mana mungkin aku melupakan ‘cerita’ itu sedang aku adalah pelakon utamanya. Umpama Mahsuri … bak Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang difitnah dihina.Namun, aku insan biasa yang tidak punya apa-apa. Mahsuri dibuktikan tidak berdosa dek darah putih yang mengalir. Humairah, kekasih hati Rasulullah apatah lagi. Disucikan dirinya dengan firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu kira berita bohong itu buruk bagimu bahkan baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran bohong itu, baginya azab yang besar,’ (An-Nur ayat 11).
Baca seterusnya di sini..
Kembali Terjalin; Tahniah Liza Nasir
0 commentsCara Masukkan Blog List (Cetusan Ahli); kepada Liza
0 commentsSalam,,,
Mula-mula buka akaun blog.
klik pada layout.
klik Add a widget.
klik pada blog list.
selepas itu, klik pada add to list.
copy mana url blog yang disukai..
pastekan pada add by url kemudian klik add.
itu sahaja...
Berita Dari Kampus
0 comments| 'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah |
![]() Jun 30, 09 10:33am |
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.
Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.
Baca seterusnya
| Tiga lagi siswa UM dicari polis |
Selain menceroboh dewan utama Akademi Pengajian Islam awal pagi 24 Jun lalu, siasatan juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.
Baca lagi
| Siswa UM bebas, disambut keluarga |
![]() Jul 1, 09 11:01am |
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.
Exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu Malaysiakini, kedua-duanya dibebaskan di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 12 tengah hari dengan ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.
Beliau difahamkan, kedua-dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu "mendapat layanan yang baik" sewaktu dalam tahanan polis sejak Rabu lalu.
Lagi...
| Siswa UM bertindak jika dipecat |
![]() Jul 1, 09 12:39pm |
Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.
"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.
Dan lagi...
Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Zaimah
0 comments
Maaf agak terlewat postkan entry ini... Tahniah kepada Zaimah dan suami mendapat cahaya mata ketiga 25 mei yang lalu. Cerita lanjut baca di sini.
Kelahiran Cahaya Mata;Tahniah Nazri Mustapha
0 commentsusinpacah_82:
Nama anak Nazri :'Aleyah Najlaa binti Mohd Nazri
Tahniah Nazri daripada warga Mujaddid
Jangan Abaikan Pengambilan Sarapan Pagi
0 commentsOleh : Naziroh Romli
Kajian menunjukkan 30 peratus murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi dengan alasan utamanya kesuntukan masa dan kurang selera makan pada waktu pagi.
Mereka yang tidak bersarapan akan berasa lemah dan tidak bermaya terutama sekali menjelang lewat pagi. Ini disebabkan kadar kandungan gula dalam darah menjadi terlalu rendah sehingga ia menjejas fungsi otak.
Jika ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kebolehan kanak-kanak untuk menumpukan pada pelajaran dengan berkesan.
Setelah melalui malam yang panjang, kanak-kanak mahupun orang dewasa memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin harian mereka. Jadi, sarapan pagi sememangnya tidak boleh diabaikan kerana ia menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan tenaga bagi memulakan hari.
Menurut Pakar Runding Dietetik, Mary Easaw-John, sarapan pagi merupakan hidangan yang tidak boleh diabai oleh kanak-kanak kerana dengan bersarapan, mereka akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berseronok dengan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.
‘‘Sakit kepala dan perut, mengantuk serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran adalah berpunca daripada tabiat tidak mengambil sarapan pada awal pagi.
“Kanak-kanak juga selalu mengadu mereka tidak ada selera dan masa untuk bersarapan pagi. Sebenarnya, dengan pengurusan masa yang baik serta makanan yang ringkas, berkhasiat dan sedap dapat mengatasi masalah tersebut.
Perkara yang terbaik ialah:
‘‘Rancanglah dengan lebih awal pada malam sebelumnya seperti bantu anak-anak mengemaskan beg dan menyiapkan beg sekolah mereka supaya tidak terkejar-kejar pada waktu pagi.
“Dengan cara ini pasti ibu bapa akan mempunyai banyak masa untuk bersarapan dengan anak-anak. Inilah salah satu panduan praktikal kepada ibu bapa yang mahukan permulaan terbaik untuk anak-anak mereka pada setiap hari,’’ jelas Mary.
Katanya, ibu bapa juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan sarapan pagi bagi anak sekiranya tahu apa yang mereka inginkan.
Sebagai contoh, secawan air
‘‘Mereka juga boleh menyediakan menu sarapan pagi untuk seminggu dengan bertanya kepada anak sebelum mereka masuk tidur. Secara tidak langsung ini dapat menjimatkan masa dan mengawal corak pemakanan mereka sewaktu sarapan pagi,’’ ujarnya.
Pelbagaikan menu sarapan dari semasa ke semasa kerana ia boleh membantu untuk membina kemahiran pemakanan yang bijak dan penyediaan hidangan yang sihat.
Dengan menyediakan sarapan pagi yang menyeronokkan boleh meningkatkan selera anak untuk bersarapan.
‘‘Libatkan anak-anak semasa menyediakan sarapan pagi seperti membenarkan mereka memilih menu kegemaran atau menyediakan meja dan dengan pinggan dan cawan kegemaran mereka,” katanya.
Beliau juga berpendapat, cara yang paling baik untuk mendidik anak-anak ialah dengan memberi contoh yang baik. Ini bermakna, ibu bapa juga perlu bersarapan pagi, jika mahu anak-anak berbuat perkara yang sama.
Menurut Mary, badan yang sihat memerlukan pemakanan yang sempurna. Untuk badan kanak-kanak membesar secara sihat, ibu bapa mesti menyediakan anak-anak dengan pemakanan seimbang yang betul dan cukup protein, lemak asas, karbohidrat, vitamin dan mineral.
Kadang-kadang kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran kerana warna dan rasanya yang pahit. Jadi, untuk menggalakkan mereka makan sarapan pagi yang berkhasiat, ambil hidangan yang sama bersamanya. Ini kerana, apabila mereka melihat ibu bapa menikmati hidangan tersebut, mereka akan lebih teruja untuk mencubanya.
Aktif
‘‘Kita mesti ingat bahawa sarapan yang enak perlu mengandungi makanan yang disukai oleh anak,’’ kata Mary yang berkongsi tip-tip tersebut di majlis pelancaran risalah Milo Memupuk Juara anjuran Nestle
Risalah tersebut diterbitkan khusus untuk mendidik ibu bapa mengenai bagaimana untuk memberi permulaan seorang juara kepada anak-anak mereka melalui makanan berkhasiat dan
Sementara itu, Pengurus Jenama Kumpulan Milo Nestle Malaysia, Julie Tan, risalah percuma itu merupakan satu inisiatif sempena kempen A Champion Start oleh Nestle Milo.
Ia akan diedarkan melalui cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara, di majlis-majlis dan dihantar kepada ibu bapa terpilih yang terdapat dalam pangkalan data syarikat.
‘‘Selain memberi panduan yang praktikal, risalah tersebut mengenal pasti tiga perkara utama seperti fizikal, mental dan emosi. Ia adalah sebagai elemen terpenting bagi permulaan terbaik untuk kanak-kanak. Permulaan fizikal merangkumi pemakanan berkhasiat dan senaman,’’ kata Julie.
Di samping itu, ia juga menyentuh mengenai permulaan mental yang baik melalui pemakanan berkhasiat serta mengenal pasti potensi anak-anak.
Ibu bapa boleh juga mengetahui mengenai aspek emosi seperti hubungan emosi antara ibu bapa dan anak-anak mereka serta membentuk tabiat yang baik.
Mengapa Madu dan Kurma
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
- "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
Buah kurma pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan
Mengapa?
Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.
Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.
Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap
Bagaimana
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.
Khasiat Madu Lebah Asli
- Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
- Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
- Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
- Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
- Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
- Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.


