Search

Takziah buat keluarga Allahyarham Wajdi Mayusoh

0 comments


Kami merakamkan takziah kepada keluarga Allayarham Wajdi Mayusoh. Kehilangan beliau di dalam kemalangan baru-baru ini amat dirasai. Saya secara peribadi mengenali beliau ketika berada di kolej kediaman kesebelas Universiti Malaya. Seorang yang berpewatakan tegas tetapi serius melaksanakan tugasan yang dipikul. Allahyarham Wajdi adalah seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya .


Semoga pengorbanan beliau selama ini dalam membantu agama Allah dinilai di sisi Allah Taala.

Kelahiran Cahaya Mata : Wan Abdul Hadi dan Isteri

0 comments

Assalamualaikum..

Tahniah buat saudara kita Wan Abdul HAdi Wan Abdullah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.. Baby boy. Dilahrikan pada 27/2/2010 jam 3.57 pagi di PPUM.

Semoga menambahkan lagi seri keluarga dengan kedatangan ahli baru yang dinanti-nantikan.

Walimah Hidayah dan Hafiz Romli

0 comments

Tahniah!!

Sesiapa yang nak hadir bolehlah pakat-pakat buat rombongan..

SALAM MAAL HIJRAH 1431

0 comments

Kami Murabitun

0 comments


Kami Murabitun...
Usaha kecil menyayangi agama
tanpa berharap balasan dunia
rezeki kurniaan Ilahi
ada di mana-mana
sabarlah dan solatlah...

kami ramai kawan
kami punyai rakan
kami miliki sahabat
kami ada anak dan isteri
mereka memahami dan difahami
janji setia, baiah masih diingati..
kalian mahu memungkirinya?
kalian mahu melangarinya?

Tuhan,
andai kami syahid di sini
syahidlah kami seperti Hamzah, Jaafar dan Hanzalah

Rabbi,
andai kami masih di sini
kentalkan jiwa kami
kukuhkan iman kami
tawadhukkan peribadi kami
seperti air mata Abu Bakar
seperti rintihan Umar
seperti kecekalan Uthman
seperti pengorbanan Ali

Kami murabitun..
kami tidak memiliki
tetapi kami dimiliki
Engkau yang memiliki
dan kami hanya diberi milik

Andai panjang usia kami,
istiqamahlah,
Andai singkat masa kami,
Thabatlah..
dunia nan fana sementara cuma
yang kekal akhirat sana...

oleh : Sang Purba

FORUM UKP: ISU KARTIKA dan UNDANG-UNDANG SYARIAH

0 comments

Cuti Sekolah; Program Mujaddid

2 comments


Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Bagaimana kehidupan kalian?

Cuti sekolah hampir menjengah. Andai tahun lepas, kita kesibukan mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadiri Family Day Mujaddid, tetapi pada tahun ini Mujaddid tidak menganjurkan apa-apa aktiviti. Alasannya mudah, sibuk, tidak cukp masa, isteri bersalin dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dalam benak kepala saya mahu juga dianjurkan satu atau dua program cuti sekolah ini. Ada cadangan? Tidak kisahlah apa sahaja cadangan yang dikemukakan, kita semua akan fikir bersama relevan atau tidak. JV dengan mana-mana NGO untuk ikuti program seperti Ummah Care, UKP, PERKIM, Muslim Care, Yayasan Amal dan sebagainya. Atau kita buat road show ziarah rumah ahli di Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Kebiasaan cuti sekolah banyak kenduri kendara. Ada sesiapa yang buat makan-makan nasi minyak ke? Jangan pula tak habaq mai. Mana tau kut-kut berkesempatan pergi kenduri nanti.

Oh ye, sebelum terlupa. Saya minta kerjasama kalian untuk menghantar gambar-gambar simpanan semasa berada di UM untuk kita tontoni bersama. Boleh imbau kembali kenangan-kenangan makan setalam, tidur beralaskan embun, race motor ( badiaq la bawa KAQ, aku boleh bawa motor sambil tengok TV), berair terjun Gabai, main bola dan lain-lain. Seronok bukan?

Sejarah yang kita cipta sekurang-kurangnya merapatkan silaturrahim yang terbina. Andai tidak ada masa silam, mana mungkin akan wujud masa sekarang. Siiru 'ala baraktillah.