Search

Cuti Sekolah; Program Mujaddid


Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Bagaimana kehidupan kalian?

Cuti sekolah hampir menjengah. Andai tahun lepas, kita kesibukan mempersiapkan diri dan keluarga untuk menghadiri Family Day Mujaddid, tetapi pada tahun ini Mujaddid tidak menganjurkan apa-apa aktiviti. Alasannya mudah, sibuk, tidak cukp masa, isteri bersalin dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dalam benak kepala saya mahu juga dianjurkan satu atau dua program cuti sekolah ini. Ada cadangan? Tidak kisahlah apa sahaja cadangan yang dikemukakan, kita semua akan fikir bersama relevan atau tidak. JV dengan mana-mana NGO untuk ikuti program seperti Ummah Care, UKP, PERKIM, Muslim Care, Yayasan Amal dan sebagainya. Atau kita buat road show ziarah rumah ahli di Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Kebiasaan cuti sekolah banyak kenduri kendara. Ada sesiapa yang buat makan-makan nasi minyak ke? Jangan pula tak habaq mai. Mana tau kut-kut berkesempatan pergi kenduri nanti.

Oh ye, sebelum terlupa. Saya minta kerjasama kalian untuk menghantar gambar-gambar simpanan semasa berada di UM untuk kita tontoni bersama. Boleh imbau kembali kenangan-kenangan makan setalam, tidur beralaskan embun, race motor ( badiaq la bawa KAQ, aku boleh bawa motor sambil tengok TV), berair terjun Gabai, main bola dan lain-lain. Seronok bukan?

Sejarah yang kita cipta sekurang-kurangnya merapatkan silaturrahim yang terbina. Andai tidak ada masa silam, mana mungkin akan wujud masa sekarang. Siiru 'ala baraktillah.

2 comments:

sarah said...

Salam...

sesuatu yang menarik utk difikirkan... kalau konvoi ke utara, selatan, timur tu macmana pelaksanaanya??? boleh detailkan
atau buatlah re-union dalm 3 edisi :
1) zON UTARA
2) ZON SELATAN
3) ZON TIMUR..
sekurang2nya tidaklah semua menyepikan diri...pastu masing2 buat laporan ..
sekadar pandangan

Siti Muthiah said...

afwan nak ty...setiap zon ada ketua x? dgn kate lain, ade org in charge x???