Search

perak oh perak

Ihsan gambar daripada hismommudin.blogspot.com

Assalamualaikum...

Isu Perak rasanya satu Malaysia maklum. Hebat momentumnya sehingga budak-budak sekolah juga sudah menjadi ahli politik. Rakyat Perak lagi terkesan dengan peristiwa 2 Menteri Besar ini. Apa-apa pun kita berharap, akan ada juga penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak terutama pihak Istana dan pentadbiran negeri Perak yang diketuai Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Saya (Zaman) dan Mat berkesempatan menghadiri siri penerangan sehari sebelum berlangsungnya angkat sumpah Menteri Besar kedua. Bertolak jam 7.30 malam dari Dengkil dan sampai di kediaman rasmi Menteri Besar pada jam 10.00 malam. sempat mendengar siri-siri ucapan daripada pimpinan dan jemputan masing-masing. Apa yang menarik wakil india juga seolah berserah kepada Tuhan dalam isu ini apabila mereka menyebut " Kita ada Tuhan yang Maha Esa". " Tuhan Yang Maha Berkuasa". Wakli Cina lagi hebat apabila membaca ayat al-Quran dengan juga menyebut nama surah dan ayat berapa. Surah Al-An'am, ayat 60. Kemudian diterjemahkan pula. Inilah kesan-kesan positif yang ditunjukkan apabila pemimpin yang baik akan melahirkan pengikut yang baik juga.

Setelah semuanya selesai, kami telah bertemu beberapa sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka. Ustaz Dan kami terjumpa semasa kami mahu menyantap makanan di sebuah gerai. Tertanya-tanya juga Pok Nik ke mana, rupa-rupanya sudah masuk j-Qaf .Sekarang berada di Sarawak. Zainul setahu kami juga berada di Perak tapi mungkin tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Sahabat-sahabat, kita doakanlah apa yang berlaku ini merupakan satu cebisan hikmah yang mahu ditunjuk oleh Allah s.w.t. Di sana banyak pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan pedoman untuk kita memahami erti sebuah kesusahan dan ujian Tuhan. Moga berjumpa lagi.

0 comments: