Search

Persediaan Ibu Bapa, Sekolah dan Komuniti Untuk Memulakan Sesi Persekolahan Anak-Anak


Persediaan Ibu Bapa, Sekolah dan Komuniti Untuk Memulakan Sesi Persekolahan Anak-Anak .

Oleh : Naziroh Romli

Adalah penting bagi ibu bapa, sekolah dan Komuniti mempunyai persedian yang secukupnya dalam memastikan pendidikan anak-anak mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Kesediaan ibu bapa , sekolah dan komuniti perlu dibuat dalam bentuk tindakan, perhatian, perbincangan, sokongan dan dorongan yang saling berkai rapat dengan ketiga-tiga pihak yang terlibat adalah menjadi pendorong untuk anak-anak mencapai pendidikan yang lebih baik. Peranan ketiga-tiga pihak melalui persediaan yang dibuat amatlah besar bagi anak-anak kecil yang masih baru dengan alam persekolahan.

Persediaan ibu bapa

Ibu bapa perlu merancang pendidikan anak-anak mereka, sikap ibu bapa yang mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Perlu ada dalam diri kedua-duanya matlamat sebelum anak mereka mula menjejakkan kaki kea lam persekolahan. Persedian ini termasuklah persediaan mental bahawa pendidikan akan membawa perubahan dalam diri anak-anak untuk mereka berjaya. Setiap ibu bapa perlu melihat pendidikan untuk anak-anak itu penting dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi peluang kepada anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ibu bapa juga perlu mengambil tanggungjawab bersama-sama dengan pihak sekolah dan komuniti dengan cara terlibat secara aktif dengan pihak sekolah melalui perbincangan, perjumpaan dalam persatuan ibu bapa serta bertindak dengan lebih positif atas sesuatu cadangan dan komentar dari pihak sekolah mengenai pendidikan anak-anak mereka. Persediaan ibu bapa berhubung dengan pihak sekolah melalui soal jawab dan perbincangan yang diadakan akan menjadikan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah itu lebih berkesan dan seterusnya pendidikan untuk anak-anak itu lebih bermakna.

Persedian pihak sekolah

Dari segi pengurusan sesuah sekolah itu mestilah mempunyai visi, misi dan matlamat yang diharapkan untuk mewujudkan sesuah institusi pendidikan yang berkesan. Sekolah merupakan rumah kedua bagi anak-anak untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Jesteru itu, system persekolahan juga mestilah terancang bagi berfungsi sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan kepada anak-anak. Perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah sebelum sesi persekolahan bermula juga sangat penting. Pihak pentadbir dan guru di sekolah merancang aktiviti sepanjang tahun yang akan dijalankan untuk murid-murid mereka melalui mesyuarat yang dijalankan. Pihak sekolah juga boleh menjemput ibu bapa dalam merancang program yang bakal dijalankan untuk anak-anak mereka dan berbincang bersama-sama. Pihak sekolah juga perlu bersedia menerima murid-murid yang akan bejalar di sekolah tersebut melalui pendaftaran pelajar di awal sesi persekolahan. Keadaan fizikal sekolah juga perlu rapid an kemudahan yang disediakan dalam keadaan yang baik, suasana yang menceriakan serta keselamatan kanak-kanak dalam keadaan selamat. Guru mesti sentiasa bersedia untuk mengajar dengan ilmu yang mendalam tentang sesuatu yang ingin diajar kepada murid-muridnya.

Persediaan Komuniti.

Masyarakat di perlukan bagi menyokong ibu bapa dan pihak sekolah untuk memastikan mutu pendidikan sesebuah institusi pendidikan dapat berkembang dengan baik. Suara dan pendapat masyarakat melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam perjumpaan seperti mesyuarat waris dengan pihak sekolah adakalanya mempunyai pendapat yang bernas untuk diterima oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa dengan pendidikan dapat mewujudkan bangsa yang berpengetahuan dan melahirkan modal insan yang diharapkan pada masa hadapan. Masalah yang melibatkan isu murid-murid dengan pihak pentadbir sekolah ada kalanya dapat ditangani melalui suara atau pendapat yang dikemukakan oleh pihak masyarakat melaui perbincangan yang dibuat. Masyarakat perlu bersedia untuk melahirkan idea dan buah fikiran mereka dalam sama-sama membantu pihak sekolah dan ibu bapa berkenaan sesuatu isu atau masalah yang dihadapi secara bersama.

Kesimpulannya

Tanpa kesediaan, bantuan dan sokongan secara berkerjasama di antara ibu bapa, sekolah dan komuniti ini adalah sukar untuk menjayakan visi, misi dan matlamat pendidikan secara berkesan. Persediaan ketiga-tiga pihak ini amat penting bagi mendorong dan melahirkan anak-anak untuk menerima pendidikan dengan lebih berkesan dalam membantu anak-anak menghadapi era pendidikan global yang masih panjang, berliku dan penuh cabaran ini. Persediaan ketiga-tiga pihak tersebut dalam soal yang melibatkan pendidikan anak-anak searah dan senada sangat penting. Ketiga-tiganya saling memberi sokongan dan bertaut kukuh untuk memastikan hasrat yang diharapkan dapat tercapai. Anak-anak merupakan asset yang paling penting, oleh itu kesedaran ibu bapa, sekolah dan masyarakat setempat tentang pendidikan anak-anak yang setinggi mungkin perlu diberikan kepada anak-anak ini agar mereka tidak ketinggalan kelak.

0 comments: