Search

Kenangan Hari Keluarga Mujaddid




22-23 November 2008 merupakan kenangan indah warga Mujaddid yang hadir ke Hari Keluarga Mujaddid. Jumlah yang hadir 28 orang memeriahkan lagi suasana di Desa Anthurium Apartment, Tanah Rata. Diserikan lagi dengan telatah anak-anak kecil yang berusia sekecil 7 bulan ke 3 tahun.

2.30 petang 23 November kehadiran sedikit demi sedikit peserta ke penginapan dalam keadaan hujan yang agak lebat. Kalau ikut perancangan 2.30 kami sudah melawat tempat-tempat menarik, tetapi keadaan tidak mengizinkan. 5 penginapan ditempah, agak selesa dan sesuai untuk ruang famili berkumpul.

4.30 petang kami berkumpul di E9 sebagai pembuka majlis Hari Keluarga sebelum berangkat ke MARDI setelah melihat keadaan cuaca yang sudah baik. 5.30 petang pameran di MARDI sudah tamat tetapi kami mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai. Syifa anak mazuan macam baru jumpa kolam air,.asyik nak terjuh kolam sahaja.

Kemudian kami ke ladang teh Bharat. Di sini seronok kerana pemandangannya yang cantik. Apa lagi sesi fotografi daripada jurukamera yang tidak bertauliah pun bermula. Ada yang duduk disebalik rimbunan pohon teh. Pertama kali jumpa pokok teh, rupanya hijau hihihi. Cuaca agak sejuk juga. Jadi kebanyakan daripada kami mengenakan baju sejuk. Anak-anak kecil pun pakai baju sejuk. Comel.

Malam pun bermula. Kami bersiap sedia untuk acara barbeque. Asyraf sebelum keluar petang tadi sudah masakkan sup cendawan. Nawi cuba hidupkan arang untuk panggangkan ayam nanti. Lama juga. Sesi barbeque berlangsung santai. Ayam tak sempat nampak penuh sudah hilang kena makan. salute la tukang masak Asyraf. Kebetulan kami sahaja yang berada di tempat barbeque tak ada gangguan lain. Sambil makan berkongsi cerita dan pengalaman. Kadang-kadang cerita kenangan dulu-dulu. Ustaz Mat ambil masa sedikit buat sesi taaruf ringkas. yela tak semua kenal dengan suami dan isteri yang bukan satu batch.

Jam 12 malam kami selesaikan barbeque dan buat agenda masing-masing. Zaman dan Nawi tidur lewat juga temankan Asyraf siapkan nasi lemak yang dibantu oleh Yusni dan Ein. Selamat ada astro boleh juga tengok bola.

23 November Ahad. Pagi-pagi sudah bangun untuk solat Subuh. Kemudian tazkirah ringkas daripada Mat. Selepas sarapan dengan nasi lemak, kami ada aktiviti sukaneka. Geng-geng muslimat ada aktiviti khas mereka. Katanya senamrobik poco-poco.

Sukenakalah aktiviti yang boleh mengeratkan lagi ukhuwwah. Naziroh yang ketuai aktiviti ini. Pertama kaum suami main pecah belon. Semput juga berlari-lari nak pecahkan belon orang punya. Akhirnya Mat yang menang hanya satu belon sahaja yang pecah. Kami duduk keletihan.

Aktiviti kedua isi air dalam botol dengan span. Ada juga yang mengelat... huh. Seterusnya makan roti paling cepat. Sudah dijangka Pakli akan mengungguli aktiviti ini. Tetapi rupanya dia tak makan habis. Mengelat lagi. Kemudian baling belon berair. oopss. ada eksiden. Jam 11 pagi kami selesaikan aktiviti ini.

Jam 12 tengahari kami adakan sesi penyampaian hadiah dan penutup. Keputusan yang dianggap kontoversi apabila kumpulan Mazuan diumumkan pemenang. Terima kasih ustaz Hamidi kerana sudi menyampampaikan hadiah. Mat pula menyampaikan cenderahati kepada semua. Selepas semuanya selesai, sesi bergambar pun berlangsung sebelum masing-masing meneruskan aktiviti ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.

Terima kasih kepada mereka yang hadir iaitu, Shahrul Zaman,Ein dan Nur Amiratushifa', Aini (anak saudara ein); Badie,Jawaheir dan Hasif; Mazuan, Mifrah dan Syifa' Safiyyah; Mat, Nadia dan Badrul Munir; Nawawi, Adila dan Hurin Rihana; Asyraf dan Yusni;Ustaz Hamidi, Zaimah dan 2 orang anak; Ustaz Marhaizan, Wahida dan Musadiq; Fadli Fauzi, Hanifah dan Aqilah; Naziroh, maknya dan kawannya; Hadi dan Yani; Faiz Ibrahim dan Noraizan, Khuzaimah dan suami.

Semoga program-program mendatang kehadiran yang lebih makmur lagi.

p/s- gambar-gambar akan dipostkan kemudian.

2 comments:

Whadi said...

Dear chairman,
Congratulations for mujaddid blog.

Samhani said...

Syabas kengkawan.. good job utk blog mujaddid.