Search

Mana Milik Kita

0 comments


Oleh : Nor Hidayah Kassim

Apa yang kita ada, zahir batin, luar dan dalam, semuanya milik ALLAH... Amat tersentuh dengan nasyid nostalgia Rabbani kat bawah ni..


Mana milik kita

Tidak ada milik kita

Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada

Mana milik kita

Tidak ada milik kita

Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu

Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga

Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita

Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur

Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Takziah, Sabar dan Tabahkan Hati ; Musoddiqku

2 comments


Oleh : Nur Wahida ahmad Ludin

salam buat semua sahabat yang mendoakan kekuatan ana pada saat-saat ini......

14 /4/09 jan 9.40 pagi

pada jam 7.20 pagi seperti biasa saya menghantar musoddiq ke rumah pengasuh dalam keadaan yang sihat walafiat..9. 40 pagi saya menerima panggilan daripada jiran pengasuh yang mengatakan arwah musoddiq muntah2 dengan kaki yang dua kerat ini digagahi juga memandu kereta ke rumah pengasuh yang tidak jauh dari sekolah..sesampainy a di rumah pengasuh dia membawa musoddiq terus ke dalam kereta dalam keadaan yang lemah tidak bermaya..ana terus memandu sambil pengasuh memangku musoddiq menuju ke klinik yang terdekat...do, ktor memberi bantuan oksigen..masa tu dokt bgtau tak ada respon...dalam hati ini berdoa Ya Allah andai ini ujian hebat buatku aku terima ya Allah...Doktor meminta kami segera ke hospital Kepala Batas...sekali lagi saya memandu kereta bersama pengasuh ke Hospital Kepala Batas.dalam hati ini Allah sahaja yang tahu...Sesampai di Hospital Kepala Batas jam 9.50 pagi doktor berusaha sedaya upaya memberi bantuan...pada masa itu hati kecil ini telah redho andai berlaku sesuatu..pada saat itu pengasuh menceritakan pada pagi tu mcam biasa musoddiq berak dan mandi dan terus tidur tanpa sempat menjamah bekalan roti yang saya sediakan.tengah tidur tiba2 dia menangis dan muntah hijau banyak sekali dan terus biru dan tarik..pengasuh sempat memasukkan jarinya ke dalam mulut musoddiq sebab takut terkancing gigi....

10.30 pagi

Doktor memanggil saya dan suami masuk ke biliknya..doktor memberitahu bahawa semasa musoddiq sampai ke hospital tadi sebenarnya dia tiada lagi denyutan nadi dan jantung dan tiada lagi respon kaki dan tangan.Doktor telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan arwah...namun Allah lebih menyayanginya. ...terkedu seketika saya dan suami...rasa kosong...YaAllah dalam sekelip mata Musoddiq di jemput ilahi...rasa dunia ini gelap...saya gagahi juga kaki ini melangkah masuk ke bilik rawatan kecemasan... .Sekujur tubuh anak kecil seperti tengah tidur sedang terbujur kaku...YaAllah. ..Kenapa seberat ini Kau mengujiku... .Tanpa dapat mengawal perasaan seorang ibu terkeluar juga dari mulut...Musoddiq kenapa cepat sangat tinggalkan ummi...Suami menjadi penguat semangat..Allah lebih sayangkan dia...Bila ada sedikit kekuatan baru lah saya menghubungi keluarga terdekat.... sementara menanti mak dan ayah mentua datang untuk membawa balik jenazah ramai kawan2 datang memberi semangat.... .

terima kasih
kepada sahabat2 yang datang menziarah dan menghubungi saya memberi kata2 semangat dan peransang..sesunggu hnya Harta yang paling kita sayang itu milik Allah..segala- galanya hanya pinjaman daripadaNya. ....Musoddiq dalam Kenangan


Anak Sulung Nik Mahadi

0 comments



Sengaja posting ini dilewatkan untuk memberi laluan kepada berita Wahida dipaparkan lebih lama. Tahniah kepada Nik Mahadi dan isteri kerana menimang anak sulung perempuan baru-baru ini. SMS ini yang dikirimkan kepada saya:-

Alhamdulillah, isteri ana dh selamat lahirkan baby girl pkl 4.35 pg td! ~ 15-Apr-2009, 06:09:55

Warga Mujaddid mengucapkan tahniah buat kalian sekeluarga.




Takziah buat Waheeda sekeluarga

1 comments


Assalamualaikum.. Saya dan seluruh warga Mujaddid menghulurkan takziah buat keluarga Nur Wahida Ahmad Ludin dan suami. Berita ini dimaklumkan oleh Asyraf di dalam yahoogroups.


takziah buat pasangan ust marhaizan dan ustzh nur wahida ahmad ludin
atas pemergian anakanda tersayang musaddiq pada pagi td
tabahkan hati dan banyakan bersabar
allah maha mengetahui dan maha mengasihani
ingatan utk kita semua juga, ajal yang dijanjikan pasti datang, bersedialah kita
innalillah wa inna ilaihi rojiuun.


Sehubungan dengan itu, derma kilat dilancarkan. kalian boleh salurkan ke akaun :-

Shahrul Zaman Lukman
Maybanc Islamic - 162834021094

Sila maklumkan jumlah dan nama setelah derma diberikan.

SMS saya kepada Wahida:-

Salam. Ana shahrul mewakili mujaddid bersama kalian merasai kehilangan anak kesayangan. smoga kalian terus tabah dan sabar dgn ujian Allah ini.

SMS ini dibalas :-

TRIMA KASIH ATS INGATN. ANA KUAT ATS DOA KALIAN

Diharap Wahida dan suami terus tabah. Terima kasih kepada kalian yang menderma. Insya Allah Mujaddid akan serahkan pada mereka sekeluarga beberapa hari lagi. Teruskan menderma.

*************************************************************************

Takziah daripada ahli Mujaddid:-

saya dan famili mengucapkan takziah kepada saudara marhaizan dan saudari nur wahida ahmad ludin. Banyak bersabar dengan dugaan Allah ini. Yang datang dan pergi itu adalah urusan Allah. Kita hanya redha dengan keputusanNya. Semoga Allah memberkati rohnya...
~ Jalalilah Mauludin
Ridhwan
Hannan Farhana
Muhammad Hasan al Banna ~


Takziah, anak ini akan menanti bonda dan ayahandanya di surga
Sakit apa anak kecil ni tuan
~Mohd Noor Nawawi Muhammad

RHB Islamic Bank
~

Takziah buat kak long wahida dan suami..banyakkan sabar, mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk hadapi ujian ini. Walaupun bukan mudah....Smoga Allah cucuri rahmat atas rohnya..Pasti hikmah yang besar disebaliknya. ..Amin. ~ Masyitah~

Takziah... sabar dan tabahkan hati.
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.~ Meefrah ~

takziah atas ujian Tuhan.sabar dan tabahkan hati. sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya..
dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.. ~ Mazuan ~




Pendidikan Fizikal Untuk Kanak-Kanak

0 comments

Oleh : Naziroh Romli

Komponen pendidikan fizikal pada peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di tahap awal usia adalah sangat penting. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat, selamat dan ceria dapat member keyakinan diri dan boleh membentuk personaliti kanak-kanak yang baik bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anak mereka berkembang dan membesar dengan sempurna dan tidak mempunyai sebarang masalah wahupun melibatkan aspek fizikal dari dalam atau luar.Adalah penting komponen fizikal diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan Awal Kank-Kanak.

Komponen fizikal merupakan sebahagian daripada perancangan program untuk kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti bagi menfokuskan kepada aspek-aspek perkembangan yang penting kepada kanak-kanak iaitu melibatkan perkembangan motor halus kanak-kanak, perkembangan motor kasar, aspek kesihatan pada diri kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang turut diberi perhatian. Pada peringkat awal usia kemahiran-kemahiran ini asih belum dikuasai oleh kanak-kanak oleh itu dengan perancangan dan penstrukturan program fizikal yang berkesan ini mampu member peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai aspek-aspek penting tersebut.

Dalam aspek perkembangan motor halus, aspek ini diberi penekanan kerana ianya membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Tumpuan diberikan pada perkembangan motor halus yang melibatkan penggunaan jari tangan. Guru perlu membantu kanak-kanak untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran ini melalui perancangan aktiviti yang bayak melibatkan kemahiran motor halus di peringkat awal. Kebanyakan aktiviti pembelajaran seperti menulis, mewarna, mengunting, mengecat, melipat kertas dan sebagainya melibatkan pengunaan motor halus (jari). Oleh itu aspek ini sangat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak supaya aktiviti yang dirancang dapat dikuasai oleh kanak-kanak dengan baik.

Kanak-kanak yang memiliki perwatakan aktif , cergas dan sihat dapat dilihat pada komponen pertumbuhan fizikal yang baik. Kanak-kanak mempunyai banyak tenaga dan menyebabkan mereka dpat bergerak dengan cergas dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang dirancang atau aktiviti permainan bebas mereka. Perkembangan motor kasar yang baik membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran pergerakan asas dan fizikal mereka menjadi kuat ketika bermain. Kanak-kanak gemar berlari, melompat, memanjat, merangkak, berguling dan sebagainya ini bersesuaian dengan fitrah mereka yang aktif. Kanak-kanak yang tidak gemar aktiviti akan dilihat sebagai kanak-kanak yang pasif dan lemah.

Dari aspek kesihatan pula, pendedahan dan latihan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat sangat penting untuk dititik beratkan.Pendidikan kesihatan yang bermula dari peringkat awal akan menjadikan kanak-kanak ini mendapat pendedahan awal tentang amalan-amalan gaya hidup yang perlu mereka lakukan. Pengamalan pemakanan yang seimbang, kebersihan diri dan tempat di kawasan persekitaran dirumah, sekolah dan taman permainan. Kebersihan diri perlu diajar supaya kanak-kanak dapat menjauhkan diri dari pelbagai jenis penyakit yang merbahaya. Kanak-kanak mudah dijangkit penyakit oleh itu pendedahan awal ini boleh mengelak mereka dari terkena penyakit tersebut.

Aspek keselamatan juga adalah sebahagian dari komponen fizikal. Apabila kita membincangkan aspek kesihatan kita tidak dapat memisahkannya juga dengan aspek keselamatan. Kedua-duanya sangat penting. Pendedahan tentang penjagaan keselamatan dapat mengelak kanak-kanak dari terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak perlu didedahkan tentang keselamatan diri mereka, bagaimana cara mereka menjaga diri mereka ketika bermain, bergaul dengan orang yang tidak mereka kenali dan bahaya-bahaya lain yang berkemungkinan berlaku di sekeliling mereka. Pihak sekolah boleh menjemput pihak-pihak yang berkaitan seperti Pusat Kesihatan, Anggota Polis dan Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memberi taklimat yang berkaitan dengan aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.
Di dalam konteks Malaysia sendiri pendidikan fizikal di peringkat awal masih kurang diberi perhatian yang serius oleh pelbagai pihak. Perlaksanaan aktiviti fizikal juga hanyalah sekadar bermian dan adakalanya tidak dirancang dengan baik dan ianya hanya melibatkan tempoh masa yang singkat sahaja. Pengajaran lebih ditekankan kepada aspek membaca dan menulis sahaja tanpa mengambil kira keinginan dan minat kanak-kanak. Dan adakalanya sebahagian guru-guru mengabaikan terus aktiviti yang melibatkan komponen perkembangan fizikal kanak-kanak. Kita semua inginkan kanak-kanak tumbuh dan berkembang dengan baik untuk memastikan mereka menjadi kanak-kanak yang cergas, cerdas, ceria dan gembira seterusnya dapat membentuk keyakinan diri dan personality yang baik pada masa hadapan. Jesteru itu, penerapan komponen fizikal dalam kurikulum dilihat sebagai satu penting dan perlu diberi perhatian.


Rujukan
Aaron w. Cashmore; Sandra C. Jones (2008). Growing Up Active: A Study Into Physiical Activity in Long
Day Care Centers. Journal of Research in Childhood Education; Winter 2008; 23,2; Academic
Research Library pg. 179.
Deborah Ann Ceglowski; Chiara Bacigalupa (2007). “Play a Lot”: Children’s Perceptions of Child Care.
Journal of Research in Childhood Education; Winter 2007; 22,2;
Academic Research Library pg. 173.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Pilihanraya Bukit Gantang

0 comments